Cheese Leleh: Bukan Keju Sebenar, Keburukan Yang Tersembunyi

Menu “cheese leleh” semakin popular, tetapi adakah anda tahu ia bukan keju sebenar yang mengandungi nutrisi seperti protein, kalsium, dan vitamin penting?

Sebaliknya, “cheese leleh” adalah gabungan bahan yang rendah khasiat tetapi tinggi risiko:

• Maltodextrin: Bahan pemanis yang menambah kalori tanpa manfaat kesihatan.

• Gula & Garam Berlebihan: Menyumbang kepada risiko diabetes, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.

• Kalori Tambahan: Menggalakkan kegemukan yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik.

• Zero Nutrisi: Tiada manfaat seperti keju asli, hanya rasa yang “menipu”.

Kesedapan “cheese leleh” adalah perangkap makanan yang menjejaskan kesihatan anda dalam jangka masa panjang. Fikirkan, adakah rasa sebentar itu berbaloi dengan risiko kesihatan anda?

474628847 1056567889838042 6055383234969310508 n.jpg?stp=dst jpg s1080x2048 tt6& nc cat=108&ccb=1 7& nc sid=833d8c& nc ohc=vwJRRFt4Kc0Q7kNvgGnG1ti& nc zt=23& nc ht=scontent kul2 1


Source

1 COMMENT

Leave a Reply