Mohammad Razi menjulang piala juara keseluruhan untuk Para SUKMA XXI 2024 yang menjadi milik Sarawak sambil disaksikan oleh Fatimah, Hannah, Abdul Karim serta tetamu kehormat lain. -Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kejayaan Sarawak menganjurkan Para Sukan Malaysia Ke-21 (Para SUKMA XXI) 2024 telah meletakkan penanda aras baharu bagi temasya dwitahunan itu untuk edisi yang akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, penganjuran untuk edisi seterusnya akan diadakan di Selangor pada tahun 2026.

Menurutnya, kerajaan Sarawak telah membuktikan kemampuan mereka sebagai tuan rumah Para SUKMA XXI 2024.

“Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan seluruh jentera penganjuran Para SUKMA kali ini. 

“Dengan berdasarkan reformasi atau penambahbaikan yang dilakukan pada Para SUKMA Sarawak, kita akan berusaha mencipta satu lagi legasi penganjuran temasya iaitu melangkah ke arah klasifikasi sifar untuk penganjuran di Selangor nanti,” katanya pada majlis penutupan Para Sukma XXI Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan di sini, malam Sabtu.

Hadir sama, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam merangkap Chef De Mission (CDM) Para SUKMA Sarawak serta dif-dif kenamaan yang lain.

Sehubungan itu, Hannah berharap tiada sebarang acara sukan akan dikecualikan daripada edisi Para SUKMA akan datang bagi membolehkan semua atlet para menyertai pertandingan.

“Saya sudah berbincang dengan Dato Sri Fatimah Abdullah dan harapan kita supaya pada edisi akan datang tidak akan ada sebarang acara dikecualikan supaya kita boleh meraikan semua atlet para dan mereka boleh diberi platform untuk bertanding,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menekankan bahawa pencapaian cemerlang yang dikecapi atlet para dalam temasya itu mampu membuka mata  ibu bapa yang mempunyai anak OKU untuk mendaftarkan mereka.

Berdasarkan rekod Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat katanya, hanya 700,000 kad OKU telah dikeluarkan setakat ini sedangkan dianggarkan lebih empat juta OKU masih belum berdaftar.

“Dengan kejayaan atlet dalam temasya Para SUKMA, saya yakin minat ibu bapa untuk mendaftarkan dan menggalakkan anak-anak OKU terlibat dalam sukan akan meningkat. 

“Justeru, jadikan mereka yang meraih kejayaan cemerlang ini sebagai inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang OKU,” katanya.

Sementara itu, Sarawak selaku tuan rumah Para SUKMA XXI 2024 muncul juara keseluruhan dengan 82 pingat emas, sekali gus mengekalkan status juara buat kali ke-14.

Sementara Atlet Terbaik Lelaki Para SUKMA XXI Sarawak 2024 disandang oleh perenang Sabah, Shahafiq Abdullah manakala Atlet Wanita Terbaik menjadi milik pemanah recurve dari Pahang, Loh Chi Hui.

Untuk rekod, temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 berlangsung dari 22 hingga 28 September melibatkan seramai 1,290 atlet bertanding dalam 10 jenis sukan dan 328 acara. 
 
Source link

Siri Penternakan - Kejayaan Menternak Ayam Penelur
Shopee.com.my
4.9
RM15.90
Siri Penternakan - Kejayaan Menternak Ayam Penelur
Rahsia Kejayaan Menulis Jurnal Berimpak Tinggi - UKM, 9789674123130
Shopee.com.my
5.0
RM30.00
Rahsia Kejayaan Menulis Jurnal Berimpak Tinggi - UKM, 9789674123130
Magnet Kekayaan & Kejayaan by Azizan Osman
Shopee.com.my
5.0
RM1.00
Magnet Kekayaan & Kejayaan by Azizan Osman
[2 POKOK RM15] MDA (Ketum Ayam) *Akar kuat, Kejayaan kehidupan pokok yang pasti*
Shopee.com.my
5.0
RM9.00

Leave a Reply