Kejadian Pembunuhan Terjadi di Balai Polis!!!

Tajuk: DRAMA (2022)

DRAMA mengisahkan kisah…


PEMBUNUHAN BERLAKU DI BALAI POLIS!!!

Tajuk: DRAMA (2022)

DRAMA merupakan filem thriller Tamil yang berjaya memberi kesan berdebar dan juga rasa ingin tahu yang mendalam!

40 minit pertama bercerita tentang suasana di balai polis sebuah kampung terpencil.

Suasana yang caca marba, banduan boleh keluar masuk, polis boleh tahan orang sesuka hati, typical filem polis kampung dari India yang memang selalu kita nampak.

Masuk ke minit 45, jalan cerita berubah menjadi misteri dan penuh tanda tanya!!!

Spoiler alert⛔️

Sewaktu sambutan harijadi teman wanita ketua balai di balai polis tersebut, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Dalam kegelapan itu, seorang anggota polis mati dibunuh di balai polis tersebut!!

Menggemparkan dan mengejutkan!

Kini 12 orang individu yang berada di balai polis tersebut pada waktu itu adalah suspek utama.

Seorang demi seorang disiasat. Rahsia demi rahsia terbongkar!!

Kenyataan pahit perlu ditelan!
Dendam yang membara makin lama makin memakan tuan!

Permainan minda yang menyaksikan hanya mereka yang licik dan bijak akan terlepas!

Tonton di Astro Go

#StreamOnAstro
#AstroGo




Source

Leave a Reply