PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua bekas pengurus besar sebuah pertubuhan badan awam susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.

Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sani membenarkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an direman selama tiga dan empat hari iaitu sehingga 5 November serta 6 November ini selepas permohonan dibuat SPRM, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar pukul 8.30 malam semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam yang dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terkini terhadap kedua-dua suspek.

“Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” ujarnya.

Untuk rekod, sehingga hari ini seramai lima individu telah ditahan antaranya pengerusi syarikat warga asing dan seorang eksekutif pemasaran syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan, siasatan terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berhubung dakwaan penglibatan kartel dalam pengedaran dan pembekalan kontrak baja padi perlu diserahkan kepada SPRM.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dipetik berkata, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana agensi kerajaan.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Amir Matamin pada 1 November lalu memaklumkan, Perlembagaan Nafas digantung bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.

Katanya, selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau mengeluarkan arahan itu di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi Nafas. – KOSMO! ONLINE





Source link

-83%
Ready Stock! [ BAJU LORI / T SHIRT LORI - TRUCKER MALAYSIA & NEGERI ] Streetwear / Pilot Darat / Cotton / BLCKKRTL
Shopee.com.my
4.9
RM6.37 RM39.81
Ready Stock! [ BAJU LORI / T SHIRT LORI - TRUCKER MALAYSIA & NEGERI ] Streetwear / Pilot Darat / Cotton / BLCKKRTL
-45%
Ready Stock! [ BAJU / T SHIRT MURAH - YAMAHA RXZ ] Streetwear / Baju Harian / Cotton / BLCKKRTL
Shopee.com.my
4.9
RM13.09 RM23.80
Ready Stock! [ BAJU / T SHIRT MURAH - YAMAHA RXZ ] Streetwear / Baju Harian / Cotton / BLCKKRTL
-59%
Most Saving! [ BAJU / T SHIRT TOK GURU NIK AZIZ IN MEMORY] POLITIC PAS / Islamic / Cotton / BKDESIGN
Shopee.com.my
5.0
RM27.12 RM67.80
Most Saving! [ BAJU / T SHIRT TOK GURU NIK AZIZ IN MEMORY] POLITIC PAS / Islamic / Cotton / BKDESIGN

Leave a Reply