OTTAWA: Kanada melaksanakan sekatan ke atas pembiayaan penyelidikan bagi menghalang perkongsian teknologi canggih dibangunkan oleh universiti tempatan dengan China, Iran dan Russia.

Tindakan kerajaan itu susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara.

Kanada juga menerbitkan senarai panjang penyelidikan sensitif yang tidak mahu dikongsikan termasuk bidang kecerdasan buatan (AI), sains kuantum, robotik, bioteknologi, senjata canggih, teknologi angkasa lepas dan satelit serta integrasi manusia-mesin.

“Penyelidikan universiti Kanada berada di barisan hadapan penemuan.

“Bagaimanapun, keterbukaan penyelidikan boleh menjadikannya sasaran pengaruh asing.

“Malah, ia juga meningkatkan potensi risiko usaha penyelidikan dan pembangunan disalahgunakan sehingga menjejaskan keselamatan negara,” kata Menteri Inovasi, Francois-Philippe Champagne menerusi kenyataan.

Sementara itu, Kedutaan Beijing di Ottawa membalas dengan menyatakan pihaknya sudah menyuarakan `bantahan tegas’ dengan pegawai Kanada berhubung sekatan tersebut.

“Pihak Kanada menggunakan risiko keselamatan negara yang tidak berasas sebagai alasan untuk mempolitikkan pertukaran kerjasama dan teknologi biasa.

“Kami menggesa Kanada berhenti menggunakan pendekatan sebegitu  untuk menindas institusi akademi China. Mereka harus mewujudkan persekitaran baik bagi membolehkan ekosistem kerjasama saintifik antarabangsa yang bebas dan terbuka. 

“Jika tidak, ia hanya akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain,” jelas kedutaan dalam kenyataan sambil menambah Beijing membantah sekatan tersebut.

Sekatan itu dilaksanakan selepas Perkhidmatan Perisikan Keselamatan Kanada memberi amaran bahawa China, misalnya, menggunakan perkongsian penyelidikan akademik bersama untuk mendapatkan teknologi canggih bagi manfaat ekonomi dan ketenteraan.  

Berdasarkan laporan media Kanada, penyelidik di 50 universiti negara itu menerbitkan kertas saintifik bersama dengan saintis berkaitan dengan tentera China. 

Kerjasama terbaharu meliputi bidang seperti kriptografi kuantum dan pengkomputeran serta teknologi angkasa lepas.

Ottawa menyenaraikan sebanyak 103 entiti termasuk universiti luar negara (85 dari China, 12 dari Iran dan enam dari Russia) yang dipercayai boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan negara.

Penyelidik Kanada tidak lagi layak mendapat pembiayaan Persekutuan untuk penyelidikan yang dilakukan dengan kerjasama entiti berkenaan. – AFP





Source link

Canada Soya Bean | Kacang Soya Kanada | Soybean | 加拿大黄豆 (250g/1kg)
Shopee.com.my
4.9
RM3.50
Canada Soya Bean | Kacang Soya Kanada | Soybean | 加拿大黄豆 (250g/1kg)
[Jong Cherng|仲成] Canada Soya Bean 加拿大黄豆 | 500g | Soybean | Kacang Soya Kanada | 豆浆水
Shopee.com.my
5.0
RM4.30
[Jong Cherng|仲成] Canada Soya Bean 加拿大黄豆 | 500g | Soybean | Kacang Soya Kanada | 豆浆水
Kacang Soya Kanada /Canada Soy Bean Thompson Red Leaf 1kg
Shopee.com.my
5.0
RM6.69
Kacang Soya Kanada /Canada Soy Bean Thompson Red Leaf 1kg
GARDENIA WHOLEMEAL BREAKTHRU ROTI BRAN & GERMA GANDUM ROTI GANDUM PENUH ROTI MIL PENUH DENGAN GANDUM UNGU KANADA
Shopee.com.my
4.2
RM5.20
GARDENIA WHOLEMEAL BREAKTHRU ROTI BRAN & GERMA GANDUM ROTI GANDUM PENUH ROTI MIL PENUH DENGAN GANDUM UNGU KANADA

Leave a Reply