Kami menulis setiap hari, tapi jarang terfikir betapa mencabarnya


Kita menulis setiap hari, tetapi kita jarang berfikir tentang betapa susahnya orang pada masa dulu nak cipta satu abjad atau huruf yang kelihatan simple.

The King’s Letters (2019)

Berlatarkan Dinasti Joseon pada pertengahan abad ke-15, filem ini menggambarkan bagaimana Maharaja Sejong memulakan pembaharuan bahasa di seluruh negara dan mencipta Hangul, abjad Korea seperti yang kita kenali hari ini.

Sebuah kisah tentang bagaimana sistem tulisan dicipta. Banyak adegan memaparkan dengan indah bagaimana mereka mengubah bunyi menjadi huruf, membentang helaian dan lembaran di atas lantai juga perbincangan dalam menentukan abjad.

Sebelum itu Kerajaan Joseon menggunakan abjad Cina sebagai bahasa bertulis. Korea pernah menjadi negara bawah jajahan China, maka masyarakatnya banyak dipengaruhi oleh budaya China.

Abjad Cina terlalu sukar dan berbeza daripada bahasa pertuturan Korea untuk berfungsi dengan berkesan, jadi orang awam tidak dapat menulisnya.

Diilhamkan oleh sistem tulisan fonetik Buddha, Maharaja Sejong mencipta sistem tulisan Korea yang tersendiri dengan sami Buddha.

Hangul secara langsung sepadan dengan bunyi pertuturan Korea. Hasilnya, semua orang yang tahu bercakap bahasa itu boleh menulisnya.

Filem kisah benar sejarah yang menarik ini boleh ditonton di dalam app #ViuMalaysia




Source

Leave a Reply