Kajian menunjukkan bahawa pemasaran alkohol sering menjangkau golongan muda, termasuk pelajar sekolah.
Penyelidikan menunjukkan bahawa pendedahan kepada iklan alkohol boleh mempengaruhi kecenderungan minum di kalangan remaja, meningkatkan risiko pengambilan alkohol pramatang dan minum berlebihan.
Syarikat alkohol menggunakan pelbagai saluran pemasaran seperti televisyen, internet, dan media sosial termasuk menyalurkan tajaan kepada institusi pendidikan atas nama CSR.
Walaupun syarikat alkohol biasanya mendakwa bahawa iklan mereka mematuhi peraturan industri yang menghalang penargetan remaja, kajian mendapati bahawa sistem peraturan sendiri ini sering gagal melindungi golongan muda daripada terdedah kepada iklan alkohol .
Sebagai langkah pencegahan, polisi yang lebih ketat perlu dikenakan untuk mengehadkan iklan alkohol di kawasan yang sering dikunjungi oleh remaja seperti sekolah, pusat beli-belah, dan kompleks sukan termasuk tajaan program melibatkan institusi pendidikan.
🙏🏻Lindungi institusi pendidikan dan pelajar sekolah dari promosi syarikat alkohol.
Make more noise Admin! Andalah suara kami! Tq Min, we luv u❤️
Qunut Nazilah kat sekolah tak boleh.. Tiger boleh.. nanti ada jibauk guna skrip “jgn ganggu pelajar saya, jgn ganggu kami”.. tapi kat selatan thai la. Malaysia baguss
akibat memgundi Pakatan Harapan
Konsert amal utk pendidikan sjkc pun nak jadi topik, min ni mmg mengarut betul !
Apa benda yang cuba di normalisasikan nie??? KPM takkan tak cakna isu nie? Jgn berat sebelah, tak kira dari mana gabungan pon,benda begini tidak baik utk dinormalisasikan sbg perkara “tidak ada apa-apa” terutama generasi bakal peneraju negara tak kira apa jua kaum sekalipun.
Posting yg bagus dan berkenaan. Tahniah admin!