KETIKA ini, beberapa pasukan Liga Super sedang sibuk mencari pengendali baharu bagi menambah baik kedudukan mereka dalam carta selepas separuh musim 2024/25 dihadapi.
Selangor FC merupakan kelab terbaru yang mengalami perubahan barisan kejurulatihan selepas Nidzam Jamil mengambil keputusan meletakkan jawatan pada penghujung Oktober lalu.
Mereka sudah tentu sibuk mencari pengganti kerana perlu mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two selain sedang memburu slot ke pentas Asia buat tahun kedua berturut-turut.
BACA LAGI: Lagi coach Liga Super bakal ucap selamat tinggal, Akmal Rizal antara nama dipetik peminat
BACA LAGI: [VIDEO] Darren Lok hamstring, 3 kelab utara perlu bijak ambil kesempatan nasib malang kem Sabah
Skuad Gergasi Merah kini dalam usaha mencari pengendali baharu. — Facebook/Selangor FC
Dilema sedemikian turut dialami Harimau Malaya yang kini dikendalikan Pau Marti Vicente buat sementara berikutan keputusan Kim Pan-gon meletak jawatan beberapa bulan lalu.
Pengganti berkaliber terus disebut-sebut, termasuk bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha memperbaiki kedudukan semasa mereka.
Usaha itu seperti sedang dihidu apabila wartawan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam mengumumkan jurulatih berkualiti sudah berada dalam senarai, namun destinasi dan profil pengendali itu tidak didedahkan.
“Seorang jurulatih tempatan berprofil tinggi turut tersenarai sebagai calon selain jurulatih import dari Eropah dan Asia. Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat,” tulisnya.
Skuad kebangsaan tidak memiliki ketua jurulatih tetap berikutan pemergian Pan-gon. — Facebook/FAM
Meskipun tidak berkongsi mengenainya secara mendalam, skuad Gergasi Merah dan Harimau Malaya boleh dianggap pasukan yang sedang mencari pengendali baharu dengan segera.
Setakat ini, jurulatih berprofil tinggi yang bersedia untuk mengendalikan mana-mana pasukan ialah Tan Cheng Hoe yang sebelum ini direhatkan kelab Thailand, Police Tero FC.
Dia sememangnya sinonim dengan kedua-dua pasukan itu kerana pernah membimbing Harimau Malaya dari 2018 sehingga 2020 sebelum berkhidmat buat skuad Gergasi Merah selama semusim setengah bermula 2022.
Bagi pengendali Asia dan Eropah pula, lambakan jurulatih berpengalaman dan berkualiti dalam pasaran ketika ini membuatkan penyokong sukar untuk membuat sebarang andaian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram