KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan 214 mangsa daripada 40 keluarga masih terjejas setakat pukul 3 petang ini.

Ketika ini, dua daerah masih belum pulih banjir iaitu Marang dan Dungun.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, pada masa ini, enam pusat pemindahan sementara (PPS) kekal beroperasi di dua daerah iaitu empat di Marang dan dua di Dungun.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir di Marang tidak banyak berubah iaitu 183 mangsa daripada 34 keluarga.

“Kesemua mereka berada di empat PPS yang masih dibuka petang ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, Dewan Sivik Wakaf Tapai, Dewan Sivik Merchang dan SK Pengkalan Berangan.

“Di Dungun, mangsa banjir berbaki 31 orang daripada enam keluarga dan dua PPS yang dibuka setakat ini ialah di Balai Raya Alor Mak Bah dan SK Tok Kah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal pula melaporkan tiada sungai yang telah melepas paras bahaya setakat pukul 3 petang.

Source link

Bahasa Arab - Mini poster A4- Kaedah Isim dan Jumlah (depan-belakang)
Shopee.com.my
5.0
RM3.90

-11%
‘Ilm an-Nahu al-Mutaqaddim Li Aghrad ‘Alamiyah, Dirasah Fi al-Jumlah al-Ismiyah Min Khilal al-Quran al-Karim
Shopee.com.my
RM36.96 RM42.00
‘Ilm an-Nahu al-Mutaqaddim Li Aghrad ‘Alamiyah, Dirasah Fi al-Jumlah al-Ismiyah Min Khilal al-Quran al-Karim
Menghitung Jumlah Ayat-Ayat Al-Quran Books Religion Islamic Quran
Shopee.com.my
RM2.00

Leave a Reply