Tajuk: IF YOU WISH UPON ME
Sangat segar dan menyentuh perasaan!
Siri Viu Original ini adalah antara siri yang min suka sangat.
Kisah yang mendalami hati warga emas, mendalami rasa kasih sayang, kemaafan dan kematian! Padu!
Rugi kalau tak layan!
Para peminat Ji Changwook & Choi Sooyoung memang kena layan✅
Seronok tengok Ji Changwook berlakon sebagai seorang gengster yang terpaksa menjalani hukuman perkhidmatan sosial di sebuah hospice (macam rumah jagaan+hospital yang menjaga pesakit-pesakit nazak).
Bayangkan gengster yang ganas, tiada perasaan, muka keras kejung terpaksa melayan pesakit-pesakit di hospice berkenaan. Memang menjadi muka Ji Changwook dalam ni😆
Lama kelamaan hati pasti lembut dengan kabaikan dan kebahagiaan! Mula jatuh hati dan suka bergaul dengan para pekerja hospice dan juga warga tua serta pesakit-pesakit lain.
Dalam siri Viu Original ini, Choi Sooyoung membawa watak sebagai jururawat di hospice berkenaan. Nampak ganas tapi cute!
Ji Changwook berjumpa pulak dengan Sung Dong Il yang berlakon sebagai ketua sukarelawan yang melakukan khidmat menunaikan hasrat terakhir setiap pesakit yang sedang nazak. Sangat meruntun perasaan setiap kali watak pesakit nazak dimatikan🥹 dan sebelum itu hajat mereka ditunaikan.
Spoiler alert⚠️
Setiap watak mempunyai rahsia masing-masing. Semua rahsia mengejutkan! Tersangat plot twist ye cerita ni!
Kdrama ini ada elemen misteri, jenayah, komedi, slice of life apa semua! Best👍
Diinspirasikan dari kisah benar sebuah pertubuhan NGO dari Netherlands yang menjaga dan menunaikan hasrat pesakit yang nazak.
Tonton di Viu
Imdb-8/10
MyDramaList-8.4/10
Min bagi-9/10 ❤️
#ViuMalaysia
#ViuOriginal
Source