Ayuh kita berusaha untuk naikkan semula populasi Malaysia!
Tahukah anda, pada tahun 1980, setiap wanita di Malaysia memiliki 4.9 anak per wanita.
Namun, pada tahun 2022, angka ini telah menurun kepada 1.6 anak per wanita sahaja, iatu JAUH di bawah paras penggantian (replacement level) iaitu 2.1.
Hanya penduduk di Terengganu, Kelantan, dan Pahang masih menghasilkan bayi yang mencukupi untuk mengekalkan populasi mereka dengan 2.5 anak per wanita.
Negeri seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menunjukkan kadar kesuburan yang sangat rendah pada tahun 2022, dengan masing-masing 1.2 dan 1.4 anak per wanita
.
Apakah implikasi penurunan ini?
Bilangan anak yang terlalu rendah boleh menyebabkan penurunan populasi, peningkatan jumlah warga emas, dan tekanan terhadap sistem sokongan sosial.
Mungkin sudah tiba masanya untuk memikirkan semula dasar-dasar keluarga, sokongan kepada ibu bapa, dan cara kita boleh mencipta persekitaran yang lebih mesra keluarga.
Sebelum beranak fikir dulu.
Kos membesarkan bukan murah.
Kualiti lebih penting min. Nak jdkan anak manusia berakhlak, berguna bkn senang zaman2 serba moden ni.
Mindset kena betulkan dulu.. setiap anak dah diatur rezekinya, usah gusar beranak ramai, malu kita pada generasi terdahulu yang ramai anak walhal ekonomi zaman mereka tidak sebaik zaman kita..
Boleh je beranak 10 orang..min tolong beli susu pampers sekolah semua.ahahahaahahshshsh
Pendapat peribadi saya.
Biaq anak sikit tp berkualiti.
Bil penduduk dunia dh terlalu ramai.
Bila ramai perlukan space.maka byk hutan2 ditebang,pencemaran,kepupusan haiwan(ini paling sedih)permintaan sumber tenaga makin tinggi,sumber makanan makin terhad.
So minta ramaikan penduduk agak klise.
Tp still nk jgk anak ramai,jagala elok2.
Anugerah dari Allah
Kos sara hidup meningkat. Didik anak zaman teknologi bukan macam dulu. Bab anak kena pentingkan kualiti dari kuantiti.
Saya jarak kehamilan isteri kerana beberapa perkara utama.
1. Menjaga kesihatan rahim isteri
2. Menjaga kesihatan mental isteri
3. Membantu perkembangan otak anak
4. Memudahkan saya menguruskan rumahtangga
5. Memudahkan saya menguruskan ekonomi keluarga
4 orang anak semuanya lelaki berumur 4 tahun, 7 tahun, 10 tahun dan 13 tahun.
Alhamdulillah
Sy dulu memang plan nak anak ramai… Tp selepas gagal dalam perniagaan, terpaksa bina hidup semula dan kahwin lambat. Selepas dapat 2 anak, dengan kos hidup yang memang keras sekarang. Terpaksa redha dan syukur dengan 2 orang puteri yang sempurna kurniaan Allah.
Mula2 setelkan isu malaysia negara ke-2 dalam asia tenggara yg paling ramai tak kawen.
Setel ni, setel la masalah kurang anak.
Nak cari graph asal tak jumpa.
Jika tidak buat anak sekarang, nanti dalam 20 tahun, malaysia akan dipenuhi orang tua. Tiada tenaga mencukupi untuk bekerja
* Jika anda merancang untuk meningkatkan populasi Malaysia, boleh mula ambil folic acid
https://s.shopee.com.my/3VRANKOuVR