KUCHING: Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi istiadat penghormatan negeri pukul 7:50 pagi ini.
Di DUN Sarawak, orang awam diberikan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dari pukul 8:30 pagi hingga pukul 12 tengah hari.
Seterusnya, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri.
Jenazah akan disemadikan di perkuburan keluarga di Demak Jaya selepas solat Zohor.
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 87 tahun, pukul 4.28 pagi semalam ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. – UTUSAN
Shopee.com.my
RM15.00
50 Pencerahan Isu Jenazah & Kubur (Bagaimana Beradab dengan Jenazah dan Berakhlak di tanah perkuburan) - Dr. Udah Mohsin
Shopee.com.my
RM20.00
(READY STOCK) 50 Pencerahan Isu Jenazah & Kubur - Bagaimana Beradab dengan Jenazah dan Berakhlak di Tanah Perkuburan
Shopee.com.my
RM260.00
Set Lengkap Pengurusan Jenazah Muslim dan Muslimah / Kain Kafan Siap di Potong / Kapas / Serbuk Cendana / Kapur Barus *
Shopee.com.my
RM379.80
PROMO COMBO! BEG SET JENAZAH MUSLIM LENGKAP PERTAMA DI MALAYSIA LELAKI & WANITA FAST DELIVERY