1. Luahan tentang silibus terlalu tinggi ni bukan semalam baru didengarkan. Bukan baru tahun lepas jadi kecoh. Sejak Silibus KSSR diperkenalkan pada 2011 lagi guru-guru dan merungut dan meluah, silibus ini terlalu tinggi dan tak sesuai dengan aras perkembangan kognitif kanak-kanak.
2. Luahan guru-guru ini didiamkan dengan ugutan tatatertib. Diberi surat tunjuk sebab. Diugut kenaikan pangkat boleh ditangguhkan, bahkan boleh dikenakan hukuman buang kerja kerana menegur dasar kerajaan.
3. Maka guru-guru terpaksa berdiam diri. Dalam bengkel penataran dan orientasi silibus KSSR sahaja guru-guru meluah pada pegawai PPD, JPN dan KPM. Namun luahan itu tak ke mana. Disapu bawah karpet semuanya.
4. Namun beberapa guru termasuk aku yang tetap gigih up isu silibus KSSR terlalu tinggi sanggup merisikokan kerjaya agar pandangan ini didengar. Kami tetap berbunyi. Tetap menulis. Dan akhirnya satu berita gembira kami dengar, silibus baharu akan diperkenalkan iaitu KSSR Semakan 2017.
5. Berbunga hati dapat tahu silibus KSSR lama akan diganti. Harapan kami, silibus ini lebih sesuai dengan umur anak-anak. Namun sebaik ia dilaksanakan, ternyata Silibus KSSR Semakan 2017 ini makin padat, makin payah, makin tinggi arasnya.
6. Maka bisinglah kembali guru-guru yang kental termasuk ibubapa yang cakna tentang silibus baru yang makin syok sendiri ini.
7. Pada 2018, aku menaruh harapan besar untuk melihat rombakan besar-besaran dalam sistem pendidikan kita bila Dr Mazlee ambil alih pucuk pimpinan KPM.
8. Masa itu beliau tubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) dianggotai oleh 13 orang pakar dari pelbagai bidang.
9. Isu utama masa ni adalah silibus dan kurikulum yang melampau tinggi arasnya serta membuat acuan sistem pendidikan negara dengan identiti kita sendiri, tak mau lagi tiru sistem pendidikan negara luar.
10. Aku terlibat secara langsung dan menjadi salah seorang AJK kecil dalam cabang JKD ini. Memang teruja sangat dapat masuk dalam team ini kerana pandangan dan luahan aku dapat terus disalurkan kepada penggubal dasar pendidikan.
11. KPM masa ni nampak sangat komited nak laksanakan perubahan. Satu Google Form dibuka kepada rakyat untuk luahkan apa yang mereka nak dari sistem pendidikan negara.
12. Lebih 60,000 maklum balas dalam masa beberapa hari sahaja. Paling banyak luahan berkaitan dengan Kurikulum dan Silibus yang terlalu tinggi selain kelas padat dan fasiliti sekolah yang dhaif.
13. JKD nampak memainkan peranan penting. Sebulan sekali mereka perlu meeting dengan Tun M bagitahu perkembangan semasa.
14. Sesi libat urus melibatkan sangat banyak pihak termasuk dengan JKR, bahagian perancang bandar, majlis daerah, BPK, IPGM, JPN dan sebagainya duduk merangka satu Kurikulum baharu.
15. PADU buat makmal kajian selama sebulan di Putrajaya untuk merangka dasar pendidikan baharu. Murid-murid sekolah turut terlibat, dipanggil untuk beri maklum balas, dapatan dan dapatkan data. Pandangan dari orang luar negara turut diambil kira. Data dan statistik dibentangkan setiap hari, perbandingan sistem pendidikan antara negara Asia, negara Barat.
16. Ahli JKD termasuk aku dan kawan-kawan saban hari ‘berperang’ dalam war room di PADU. Apa yang kami nak, yang perlu dibuang, sistem bagaimana, pengurusan bagaimana, kewangan bagaimana, had kuasa pentadbir tahap mana, fasiliti, pembangunan, dan pelbagai topik kami bahas setiap hari. Masing-masing bagi idea nak buat acuan sistem pendidikan negara sendiri, tidak lagi mahu tiru Barat atau mana-mana negara.
17. Masa ni, harapan sangat besar aku nampak. Nampak semua pihak bersungguh nak betulkan apa kesilapan dalam sistem pendidikan kita. Sistem persekolahan yang baru bakal dilaksana. Umur wajib persekolahan turut ditukar. Memang totally berbeza dengan sistem sedia ada. Maklumat akhir aku dapat, blueprint sistem pendidikan baharu telah siap dirangka.
18. Dr Maszlee umumkan Kurikulum Baharu akan dilaksanakan pada 2021. Semua pakat gembira dan tak sabar-sabar nak lihat bagaimana acuan sistem pendidikan yang kita bina sendiri.
19. Tak lama selepas itu, Dr Mazlee meletak jawatan. Dan JKD terus hilang bersama PADU yang mendiam. Blueprint yang katanya dah siap entah ke mana, siapa simpan, pun aku tak tahu. Sunyi sepi segala kerja buat, hasil dapat ujikaji makmal PADU, dapatan data dan kajian. Hilang, tanpa kesan.
20. Sebuah harapan dan sinar yang nampak gilang gemilang memancarkan cahaya terang, perlahan-lahan padam tanpa dapat dikesan. Musnahnya sebuah harapan besar nak lihat Kurikulum Baharu terlaksana.
21. Masa berlalu, Dr Radzi Jidin pula ambil alih kuasa sebagai menteri. Tahun 2021 yang sepatutnya menjadi tahun Kurikulum Baharu diperkenalkan, rupanya menjadi tahun UPSR dan PT3 dimansuhkan dengan mengejut.
22. Dr Radzi Jidin buat roadshow ke seluruh negara untuk Sesi Libat Urus. Kononnya nak dengar luahan dari akar umbi. Dan Sesi Libat Urus dengan DRJ nampaknya tak ke mana.
23. Masa berlalu, Dr Radzi Jidin turun, diganti dengan Fadhlina Sidek pula. Sekali lagi harapan nampak bersinar diawalnya. Beliau begitu komited menjenamakan semula KPM sebagai Kami Pro Mendengar.
24. Sesi Libat Urus dibuat lagi dan lagi. Dapatan dari pelbagai agensi, NGO, PIBG, guru, ibubapa, IPGM, Universiti dan sebagainya dikumpulkan. Masa ni aku terlibat sekali lagi.
25. Sesi Libat Urus paling grand dibuat di Putrajaya pada Februari 2023. Puluhan pemegang taruh terlibat dalam sesi ini, mereka dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan berbincang apa kelemahan dalam sistem pendidikan, bentangkan hasil dapatan dan cadangan penambahbaikan. Hebat sekali pembentangan.
26. Semua kumpulan dan pemegang taruh yang terlibat, 100% setuju Kurikulum dan Silibus perlu digubal semula. Terlalu tinggi dan tak sesuai dengan kadar perkembangan kognitif kanak-kanak. Selain pelbagai idea penambahbaikan yang hebat belaka.
27. Dan hari ini, penghujung bulan Ogos 2024 masih tiada apa tindakan untuk membetulkan silibus sedia ada. Yang ada cuma pengumuman Kurikulum Baharu 2027.
28. Bagaimana nasib anak-anak pada tahun 2024, 2025, 2026? Adakah terus menerus menjadi mangsa silibus yang terlampau tinggi arasnya? Hak mereka dinafikan kerana nak tunggu Kurikulum 2027 ke?
29. Andai kata anak kita Tahun 1 pada 2024 ni, pada tahun 2027 dia berada di Tahun 4. Dan dia tak akan belajar Kurikulum Baharu 2027 tersebut. Kerana hanya murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 2027 sahaja akan guna Kurikulum Baharu itu. Anak-anak tahun 2-6, Tingkatan 2-6 terpaksa menghabiskan Silibus KSSR Semakan 2017 yang sangat tinggi arasnya ini.
Dari umur 4 tahun, kita dah kena pandai baca artikel dan jurnal disebabkan kita kena capai target kpi pendidikan negara untuk melahirkan 100 peratus rakyatnya ‘pakar’ dan prof madya di setiap inci Malaysia.
KUALA PILAH – Lelaki pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental yang dipercayai menikam ayahnya dalam kejadian di Kampung Senaling, di sini, sempat...
Ke mana hala tuju sistem pendidikan negara?

Eh, mana boleh
Dari umur 4 tahun, kita dah kena pandai baca artikel dan jurnal disebabkan kita kena capai target kpi pendidikan negara untuk melahirkan 100 peratus rakyatnya ‘pakar’ dan prof madya di setiap inci Malaysia.
#pembarisDiLarangKomen
#donebackupKPM