Jari tangan kanan murid tersangkut di tombol pintu sekolah


SETIU: Seorang murid lelaki tahun tiga berdepan detik cemas selepas jari tangan kanannya tersangkut pada tombol pintu di sebuah sekolah kebangsaan di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Razli Rapiae berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah hari tadi.

“Susulan itu, sembilan anggota bomba bersama pegawai digerakkan ke lokasi mangsa berusia sembilan tahun telah di bawa ke Klinik Kesihatan Sri Langkap oleh guru dan penjaganya sebelum ketibaan pihak bomba.

“Bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memotong tombol pintu dan mengeluarkan jari mangsa yang tersangkut dengan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini, hari ini.

Mohd. Razli berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak klinik untuk rawatan lanjut. – UTUSAN





Source link

Leave a Reply