Jangan pelik dgn tajuk series ni yer! Hahaha..
LTNS – Long Time No Se*
Dari tajuk pun dah boleh tahu, series ni pasal apa hahaha..
Mengisahkan Woo Jin dan Samuel, pasangan suami isteri yang dah boring antara satu sama lain dan tah xde spark dalam hubungan mereka. Hari2 yang penuh dgn keingininan sek*ual telah lama hilang, dan mereka seperti kawan yang tinggal sebumbung tanpa hubungan intim.
Untuk memperbaiki keadaan mereka, mereka memilih utk mendapatkan wang segera dengan cara memeras ugut pasangan2 yang tidak setia. Woo Jin bekerja di hotel, so sangatlah mudah!
Masing2 dah mcm agen spy hahahaa.. siap pergi hingga ke bukit demi mencari bukti pasangan curang. Semasa mereka melakukan aktiviti memeras ugut ini, mereka sedari yang kestabilan kewangan mereka makin meningkat dan mereka turut dapat menemui semula hubungan mereka yang sudah hambar.
Ketika mereka memperbaiki hubungan mereka, semakin mereka mula mendalami, muncul kebenaran yang tersembunyi yang merumitkan semula hubungan mereka.
Apakah kebenaran yang selama ini mereka elakkan.
LTNS 6 Episod boleh ditonton di Viu Malaysia.
#ViuMalaysia
Source