PETALING JAYA – Jabatan Penjara menyokong penuh cadangan hukuman alternatif dengan mewujudkan Akta Tahanan Rumah (Home Detention Act) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 lalu.

Jabatan berkenaan menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah memperkasakan dan memperluaskan pelbagai inisiatif dalam mengurangkan kadar kesesakan di institusi penjara.

Katanya, fasiliti penjara mengalami kadar pertambahan prospek melebihi kapasiti sebenar iaitu sebanyak 74,146 berbanding jumlah kapasiti keseluruhan terkini iaitu seramai 87,419 orang.

“(Jumlah itu) melebihi 11.24 peratus dengan jumlah prospek di dalam penjara seramai 82,482 orang (94.35 peratus) dan di dalam komuniti seramai 4,937 orang (5.65 peratus),” katanya.

Jelas jabatan itu, kadar pemenjaraan pada masa kini adalah 245/100,000 penduduk, berbanding kadar purata pemenjaraan dunia 145/ 100,000 penduduk.

“Kadar yang tinggi ini tidak baik untuk imej negara daripada segi keselamatan dan kesejahteraan awam dari kacamata dunia,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, jabatan itu menjelaskan secara keseluruhan negara mempunyai 43 institusi penjara di seluruh negara dengan 19 penjara mengalami kapasiti melebihi 20 peratus terutama di kawasan bandar besar.

“Melalui peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 43, 46 dan 47 Akta Penjara 1995, memberi ruang kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk memperkenalkan hukuman alternatif melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan menggunakan Program ‘Corporate Smart Internship’ (CSI).

“Seperti Program CSI Parol, CSI Program Banduan Secara Lesen (PBSL), CSI Program Bebas Lesen (PBL) dan Program Reintegrasi Penghuni Industri kepada prospek yang layak diberi Pemulihan Dalam Komuniti,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kadar residivis (jenayah berulang) adalah rendah di bawah program PDK iaitu sebanyak 0.24 peratus berbanding dengan 17.6 peratus bagi mereka yang hanya menjalani pemulihan dalam fasiliti atau dalam penjara.

“Justeru keperluan untuk mewujudkan Akta Tahanan Rumah (Home Detention Act) adalah hukuman alternatif yang membolehkan prospek menjalani hukuman di rumah dengan peraturan mengikut masa yang ditetapkan.

“Ia dapat mengawal pergerakan prospek untuk kekal di dalam rumah (kediaman) bersamaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19 dan terbukti penurunan kadar jenayah di Malaysia ketika itu,” jelasnya.

Tambahnya, program PDK atau hukuman alternatif baharu lain membolehkan pengurangan kesesakan institusi penjara, mengurangkan kadar pemenjaraan yang tinggi pada masa kini dan menjimatkan kos kepada kerajaan.

“Ia juga memberi peluang kedua kepada prospek untuk membuktikan bahawa mereka masih boleh berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.- KOSMO! ONLINE





Source link

BUKU TEKS KAFA TAHUN 2 ADAB
Shopee.com.my
5.0
RM8.90
BUKU TEKS KAFA TAHUN 2 ADAB
BUKU TEKS KAFA TAHUN 2 BAHASA ARAB
Shopee.com.my
5.0
RM8.90
BUKU TEKS KAFA TAHUN 2 BAHASA ARAB
-5%
TERJEMAHAN MUGHNI AL MUHTAJ مغني المحتاج JILID 1 BAB TAHARAH - KHATIB SYARBINI (JAKIM)
Shopee.com.my
4.9
RM38.00 RM40.00
TERJEMAHAN MUGHNI AL MUHTAJ مغني المحتاج JILID 1 BAB TAHARAH - KHATIB SYARBINI (JAKIM)

Leave a Reply