PETALING JAYA: Penyanyi, Najwa Latif, berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran anak pertama yang berusia lima minggu. 

Tidak bercadang untuk memaklumkan kepada umum, Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 29, bagaimanapun memerlukan sokongan dan kata semangat daripada peminat bagi menghadapi masa sukar ini. 

“Saya ingin berkongsi dengan anda semua. Saya minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang ini. Saya keguguran.

“Sejujurnya, saya berat hati mahu berkongsi perkara ini kerana ia begitu peribadi buat saya dan suami. Tapi saya sangat menghargai kata-kata baik anda semua,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Sementara itu, Najwa yang juga merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM)  berharap agar masyarakat memberinya ruang untuk bersedih. 

“Terima kasih kerana mengingati saya di masa yang sukar ini. Saya minta jasa baik anda semua untuk biarkan kami berduka dalam diam. 

“Doakan kami dan semoga segala kebaikan yang diberikan akan kembali kepada anda semula. Terima kasih,” tambahnya lagi. 

Terdahulu, ketika dihubungi Utusan Malaysia, Najwa memaklumkan dirinya sedang menerima rawatan di hospital selepas terkena keracunan makanan beberapa hari lalu. 

Bagaimanapun, doktor memintanya untuk melakukan pemeriksaan sekali lagi kerana dikhuatiri mempunyai masalah kesihatan lain. 

Untuk rekod, Najwa berkahwin dengan suami yang juga penyanyi, Akwa, pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor. -UTUSAN

Source link

-48%
IZINKAN CINTAMU-YANG PERTAMA - PUTERI AN-NUR (NOVEL)
Shopee.com.my
5.0
RM15.00 RM28.85
IZINKAN CINTAMU-YANG PERTAMA - PUTERI AN-NUR (NOVEL)
-50%
Novel IZINKAN AKU BAHAGIA - Aalin Amily [Romantik/Cinta]
Shopee.com.my
5.0
RM12.00 RM24.00
Novel IZINKAN AKU BAHAGIA - Aalin Amily [Romantik/Cinta]
NOVEL MELAYU DARI ORION KE POLARIS CICI AIDA MISSING PAGES ANNA LEE ENCIK HANDSOME RUMAH SEBELAH SAYANG IZINKAN AK
Shopee.com.my
5.0
RM25.00

Leave a Reply