Isteri bintang bola sepak Klye Walker, Annie Kilner dilaporkan memberi syarat kepada lelaki tersebut jika ingin berbaik dan ‘rujuk’ semula selepas perkahwinan mereka dilanda badai.

Bagi separuh nilai kekayaan

Kilner didakwa telah meminta Walker mempersetujui perjanjian dengan memberi separuh nilai kekayaannya sebagai seorang atlet, lapor DailyMail.com.

Bintang kelab Manchester City itu dianggarkan memiliki kekayaan mencecah RM140 juta. Jika Walker bersetuju dengan syarat Kilner, wanita tersebut akan memperoleh sekitar RM70 juta untuk keduanya terus berada dalam perkahwinan.

Ibu kepada empat anak itu dilaporkan bersetuju kembali untuk hidup bersama Walker selepas lelaki itu curang dengan seorang pempengaruh, Lauryn Goodman.

Walker dan kekasih gelapnya itu malah memiliki dua orang anak sepanjang menjalin hubungan sulit.

“Dia berbuat demikian sebagai jaminan buat masa depan bersama empat anak mereka. Dia juga tidak mahu aset Walker jatuh ke tangan Goodman jika mereka bercerai,” ujar satu sumber kepada The Sun.

Syarat memberi separuh kekayaan kepada isterinya didakwa dipersetujui oleh Kilner.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2022 dan sejak itu rumah tangga mereka sering dilanda pelbagai kontroversi terutama berkaitan kecurangan pemain bola berusia 34 tahun tersebut.



Source link

Leave a Reply