Cik Bunga pun dah tak tahu, sama ada nak menggeleng kepala atau rasa nak tepuk dahi bila mengenangkan perangai musibat seorang pengacara lelaki tempatan ini.

Sebabnya, bukan kali pertama dia terpalit dengan isu-isu skandal ini. Masa perkahwinan pertamanya dahulu pun, dah banyak kali kantoi pasal perempuan dan hal yang buruk lain dalam konteks skandal.

Lalu, apabila dia kembali mendirikan rumah tangga dengan isteri baharu, Cik Bunga ingatkan dia sudah berubah perangailah. Iyalah, mungkin gagal alam rumah tangga lalu menyebabkan dia cuba nak jadi lelaki terbaik buat pasangan baharu bukan?

Tup tup, apo, tetap tersemat dalam jiwa nuraninya bahawa dia memang ternyata buaya miang! Kasihanlah pada isteri baharunya itu, entah-entah tak tahu pun yang pengacara lelaki ini sering curang dengannya di belakang.

Pendek kata, asal si bini ‘outstation’ saja dia terus ambil peluang buka kaunter skandal. Fuh… dahsyat betul. Sebegitu tegar ya dia. Depan kamera dalam media sosial bukan main tunjuk bahagia dan sayang sangat dengan isterinya itu.

Belakang bini, amboi… macam raja kasanova. Tapi itulah, skandal dengan wanita lain pun, hujung-hujung poket bukan tebal mana pun.

Modal air liur dan janji manis saja. Makanya bodohlah wanita yang jatuh ke riba pengacara itu. Kalau Cik Bunga, angkat kaki lama dah. Tak kuasa nak layan suami orang apatah lagi lelaki poyo tak berduit.





Source link

-97%
Permata Yang Hilang - Seni Nafkah Zahir Batin. Untuk Bakal Pengantin dan Suami Isteri. Rahsia Bahtera Rumahtangga
Shopee.com.my
4.9
RM1.49 RM49.67
Permata Yang Hilang - Seni Nafkah Zahir Batin. Untuk Bakal Pengantin dan Suami Isteri. Rahsia Bahtera Rumahtangga
Isteri Tak Sempurna - Hana Efrina (HE) Hana Efriena | READY STOCK | NOVEL MELAYU | NOVEL BAHARU
Shopee.com.my
5.0
RM33.00
Isteri Tak Sempurna - Hana Efrina (HE) Hana Efriena | READY STOCK | NOVEL MELAYU | NOVEL BAHARU
READY STOCKFRAME MAS KAHWIN SIAP GUBAH MURAH BAJET BUNGA CANTIK MAS KAHWIN HANTARAN ANNIVERSARY BIRTHDAY HADIAH ISTERI
Shopee.com.my
4.9
RM30.00
READY STOCKFRAME MAS KAHWIN SIAP GUBAH MURAH BAJET BUNGA CANTIK MAS KAHWIN HANTARAN ANNIVERSARY BIRTHDAY HADIAH ISTERI
( READY STOCK ) STICKER DOA IBU , NASTY PORT FLOW , PLAYER CUT OFF , SAYA ISTERI ORANG
Shopee.com.my
4.9
RM1.00
( READY STOCK ) STICKER DOA IBU , NASTY PORT FLOW , PLAYER CUT OFF , SAYA ISTERI ORANG

Leave a Reply