HULU SELANGOR – Isteri kepada Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk tampil bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, semalam.

Peguam bela, Nur Aida Md Zainuddin berkata, keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di Mahkamah Kuala Kubu Bharu ketika pertuduhan dibacakan.

“Bagi pihak keluarga mereka memang beri sokongan dengan hadir, buat masa sekarang bagi isteri (tertuduh) masih belum bersedia, belum keluar.

“Buat hari ini bapa dan adik-beradik tertuduh hadir,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai pertuduhan Muhammad Alif di mahkamah, semalam.

Semalam, Muhammad Alif, 26, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit tiga minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripadanya, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Alif didakwa membunuh Nur Farah di Ladang SKC, Kledang, Mukim Hulu Bernam si antara pukul 9 pagi 10 Julai hingga pukul 6 petang 15 Julai lalu.

Berikutan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes seterusnya bagi menyerahkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan Telekomunikasi (telco).

Ketika prosiding tertuduh diwakili peguam-peguam Aida Jaafar Mad Ariff dan Nur Aida Md Zainuddin dan mahkamah kemudiannya menetapkan 30 ogos bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE.





Source link

Isteri Tak Sempurna - Hana Efrina (HE) Hana Efriena | READY STOCK | NOVEL MELAYU | NOVEL BAHARU
Shopee.com.my
5.0
RM33.00
Isteri Tak Sempurna - Hana Efrina (HE) Hana Efriena | READY STOCK | NOVEL MELAYU | NOVEL BAHARU
READY STOCKFRAME MAS KAHWIN SIAP GUBAH MURAH BAJET BUNGA CANTIK MAS KAHWIN HANTARAN ANNIVERSARY BIRTHDAY HADIAH ISTERI
Shopee.com.my
4.9
RM40.00
READY STOCKFRAME MAS KAHWIN SIAP GUBAH MURAH BAJET BUNGA CANTIK MAS KAHWIN HANTARAN ANNIVERSARY BIRTHDAY HADIAH ISTERI
( READY STOCK ) STICKER DOA IBU , NASTY PORT FLOW , PLAYER CUT OFF , SAYA ISTERI ORANG
Shopee.com.my
4.9
RM1.00
( READY STOCK ) STICKER DOA IBU , NASTY PORT FLOW , PLAYER CUT OFF , SAYA ISTERI ORANG
SCANDALOUS …yang menjadikan aku isteri (Novel) Penulis: Pena Kayu
Shopee.com.my
5.0
RM35.00
SCANDALOUS …yang menjadikan aku isteri (Novel) Penulis: Pena Kayu

Leave a Reply