Israel rancang ceroboh Lubnan selepas perang di Gaza berakhir


BEIRUT: Tentera Israel didakwa merancang untuk menceroboh Lubnan selepas perang di Gaza selesai bagi menghapuskan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran.

Israel sebelum ini pernah mencuba menceroboh Lubnan pada 2006, namun dikalahkan oleh Hezbollah yang disifatkan lebih ‘lemah dan tidak mempunyai keupayaan senjata’ seperti tentera Zionis.

Perkara itu dilaporkan oleh The Times dan Newsweek kelmarin, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus.

Tentera Zionis dan kumpulan Hezbollah saling berbalas serangan di kawasan sempadan selatan Lubnan sejak perang meletus di Gaza pada 7 Oktober lalu.

Hezbollah menyatakan sokongan kuat kepada Hamas dan menegaskan akan terus menyerang Israel selagi perang di Gaza tidak dihentikan.

Pertempuran antara tentera Israel dan Hezboolah turut meragut nyawa kedua-dua belah pihak.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 19,000 penduduk Gaza terbunuh dan lebih 52,000 yang lain cedera sejak awal Oktober lalu.

Biarpun menyatakan sokongan kepada Hamas, namun pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah menegaskan mereka tidak akan menyerang Israel secara besar-besaran melainkan Hamas semakin kalah.

Israel pula menyatakan mereka sedikit pun tidak gentar dengan amaran Hezbollah dan merancang untuk menceroboh selatan negara itu bagi menghapuskan kumpulan berkenaan, sama seperti yang dilakukan ketika ini di Gaza.

Hal itu kerana, Israel bimbang Hezbollah juga boleh melancarkan serangan serupa Hamas di wilayah Israel pada 7 Oktober lalu.

“Sebelum Hezbollah melakukan serangan itu, lebih baik kami yang hapuskan mereka dahulu.

“Ketenteraan Israel sudah pun meluluskan rancangan untuk menceroboh Lubnan,” kata Conricus.

Selain itu, Conricus sekali lagi menegaskan Israel akan melakukan apa sahaja bagi memastikan penduduknya selamat.

Katanya, Hezbollah berpotensi melancarkan serangan seperti Hamas, terutamanya di bahagian selatan Israel.

Sementara itu, jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif memaklumkan, mereka akan ‘mengekalkan kadar pertempuran dengan Israel’, melainkan terdapat provokasi melampau.





Source link

Leave a Reply