TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant membentangkan rancangan pentadbiran selepas perang di Semenanjung Gaza, menegaskan Hamas mahu pun Israel tidak akan mentadbir wilayah Palestin itu selepas peperangan berakhir.

Gallant mendedahkan garis panduan rancangan itu kepada media sebelum menyerahkannya kepada kabinet perang Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berpecah dalam beberapa minggu kebelakangan ini mengenai masa depan Gaza selepas penggulingan Hamas.

Di bawah rancangan itu, serangan Israel di wilayah berkenaan akan berterusan sehingga mereka mendapat semula tebusan yang diculik pada 7 Oktober lalu selain membongkar keupayaan tentera dan pemerintahan Hamas serta menghapuskan sebarang ancaman ketenteraan yang masih ada.

Selepas itu, katanya, fasa baharu akan bermula di mana Hamas tidak akan mengawal Gaza dan tidak akan menimbulkan ancaman keselamatan kepada rakyat Israel dengan badan Palestin tempatan mengambil alih tadbir urus wilayah itu.

Pelan itu menyatakan Israel berhak untuk beroperasi di dalam wilayah itu tetapi tiada kehadiran orang awam Israel di Semenanjung Gaza selepas matlamat perang dicapai.

Terdahulu, Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir berkata, perang di Gaza adalah peluang untuk menggalakkan rakyat Palestin berhijrah dari wilayah tersebut bagi memberi peluang peneroka Israel mengambil alih kawasan penempatannya.

Seruan itu mendapat kecaman negara-negara Arab serta dari sekutu utama Israel, Amerika Syarikat (AS).

“Penduduk Gaza adalah warga Palestin, oleh itu badan Palestin akan bertanggungjawab, dengan syarat tidak akan ada tindakan bermusuhan atau ancaman terhadap Israel.

“Entiti yang mengawal wilayah itu akan membina keupayaan mekanisme pentadbiran sedia ada menerusi jawatankuasa awam di Gaza,” katanya.

Washington sebelum ini mencadangkan Gaza ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin yang berpangkalan di Tebing Barat yang diduduki.

Dalam temu bual dengan Financial Times, Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Mohammad Shtayyeh berkata, sebarang perancangan mesti melibatkan penyelesaian politik untuk seluruh Palestin, bukan hanya Gaza.

“Israel mahu memisahkan Gaza daripada Tebing Barat secara politik.

“Saya tidak fikir Israel akan meninggalkan Gaza tidak lama lagi. Saya fikir Israel akan mewujudkan pentadbiran awamnya sendiri yang berfungsi di bawah tentera penjajah Israel. Oleh itu isu ‘hari selepasnya’ masih belum jelas,” katanya.

Rancangan Gallant dibuat sebelum lawatan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ke Asia Barat bagi mendesak lebih banyak bantuan kemanusiaan untuk Gaza dan mengelakkan sebarang peningkatan konflik serantau. – AFP





Source link

Gaza in Crisis: Reflections on Israel's War Against the Palestinians
Shopee.com.my
5.0
RM1.00
Gaza in Crisis: Reflections on Israel's War Against the Palestinians
Memoir Tahanan Palestin - suara palestine dari penjara israel gaza palestinians
Shopee.com.my
5.0
RM20.00
Memoir Tahanan Palestin - suara palestine dari penjara israel gaza palestinians
12.12 Almuallim Komik Gaza 1-6 | Buku Kisah Palestin Menentang Israel | Buku Remaja & Kanak2 | Edaran Blink Book
Shopee.com.my
5.0
RM15.00
12.12 Almuallim Komik Gaza 1-6 | Buku Kisah Palestin Menentang Israel | Buku Remaja & Kanak2 | Edaran Blink Book
Save Palestine Gaza Solidarity Support Against Zionist Israel Koyak Jewish T Shirt
Shopee.com.my
5.0
RM34.40
Save Palestine Gaza Solidarity Support Against Zionist Israel Koyak Jewish T Shirt

Leave a Reply