iQOO 13 baru je dilancarkan di China awal bulan ini, dan nampaknya India bakal jadi pasaran seterusnya. Katanya, pelancaran akan berlangsung dalam masa terdekat, tapi ada sedikit perbezaan pada spesifikasi antara kedua-dua versi telefon ini.
Perbezaannya terletak pada saiz bateri. Di China, iQOO 13 hadir dengan bateri 6,150 mAh, tetapi apabila semak di Amazon India, kapasiti bateri untuk model di India hanya 6,000 mAh. Walau bagaimanapun, ciri lain masih kekal sama, termasuk kebolehan pengecasan sehingga 120W — tak perlulah risau lagi tentang kelemahan mengecas bateri.
Selain daripada bateri, spesifikasi lain telefon ni memang sama. Kita dapat skrin AMOLED 2K bersaiz 6.82 inci dengan kadar segar semula sehingga 144Hz, dan chipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite. Ada juga rating IP69 yang membuktikan ia tahan lasak. Amazon India juga menyebut kamera depan 32MP, jadi kita mungkin boleh jangka kamera belakang dengan pelbagai megapiksel.
Oh, dan satu sumber yang dekat dengan syarikat turut mendedahkan bahawa iQOO 13 juga bakal dilancarkan di Malaysia dalam bulan Disember ini. Tapi tarikh tepat belum confirmed lagi. Dengan perbezaan sedikit pada kapasiti bateri antara model di China dan India, kita pun tercari-cari, adakah Malaysia akan dapat salah satu daripada dua varian ini, atau mungkin varian ketiga yang lain.
(Sumber: Amazon India)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter, atau Telegram untuk kemas kini dan berita terkini.