Pada bulan Julai lalu, Intel melancarkan microcode yang mereka katakan mampu menyelesaikan masalah ketidakstabilan yang menyebabkan CPU desktop Raptor Lake-S mereka, khususnya model Core i9 Generasi ke-13 dan ke-14, mengalami kerosakan dan Kadang-kadang tidak berfungsi. Kini, Intel mengumumkan bahawa mereka telah menemukan “masalah sebenar” yang mengganggu CPU tersebut.
Intel kini sedang meluncurkan kemas kini microcode 0x12B yang akan menjadi penyelesaian kepada isu CPU Generasi ke-13 dan ke-14. Dalam siaran rasmi mereka, Intel menyatakan bahawa patch ini akan menyelesaikan “permintaan voltan yang meningkat oleh pemproses ketika keadaan idle atau aktiviti ringan”, yang disebabkan oleh satu “circuit clock tree dalam inti IA”.
Secara ringkasnya, Intel mendapati masalah ini berpunca dari satu rangkaian elektrik khusus dalam siri pemproses Core i9 Generasi ke-13 dan ke-14, yang menampung semua P-Cores dan E-Cores mereka.
Namun demikian, dalam siaran mereka juga terkandung senarai isu yang boleh menyebabkan pergeseran Vmin. Antaranya, pelbagai vendor papan induk yang melebihi saranan kuasa Intel, dan satu lagi teori menyebut mengenai algoritma eTVB microde yang membenarkan kedua-dua CPU Raptor Lake-S dan Raptor Lake-S Refresh beroperasi pada keadaan prestasi lebih tinggi “walaupun pada suhu tinggi”.
Intel menyatakan bahawa mereka sedang “bekerjasama dengan rakan kongsi untuk meluncurkan kemas kini BIOS yang sesuai kepada orang ramai”, jadi kita boleh menjangkakan vendor papan induk akan merilis kemas kini untuk papan induk Z790 yang terlibat dalam masa terdekat.
(Sumber: Intel, PCGamer)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk updates terkini dan berita panas.