Bayangkan rumah sewa anda dicat baru, dibuat kabinet dapur baru tetapi diserah balik dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Sewa tak bayar, bil eletrik dengan air dan IWK tak dibayar sehingga dipotong oleh pihak berkenaan. Jumlah tunggakan bil melebihi RM2k. Disuruh bayar bil takde, disuruh bayar sewa pun takde disuruh keluar degil. Last kami pergi ke TNB dengan PBA terkejut tengok tunggakan tak dibayar 5 bulan. Serah kunci cara tidak beradab campak dalam peti surat.

Barang-barang buruk, almari buruk, sangkar kucing buruk, tilam buruk, carpet buruk, rumput paras lutut, sampah sarap yang ditinggalkan begitu saja. Bersepah.
Apa kategori penyewa sebegini? Masih wujud lagi di zaman sekarang. Sedih betol.

Lebih malang, owner lama dia dah beritau saya perihal penyewa ni yang dia sudah kena, lokasi berdekatan dengan rumah sewa kami. Tapi disebabkan agreement sudah buat dan sudah stamping, kami teruskanlah sambil beri nasihat pada mereka.

Gambar last sekali keadaan rumah yang telah dicat baru ketika serah kunci kepada penyewa semasa mula-mula dia masuk dahulu.
Bandingkan.. Sedihkan..

Kredit: Mohd Yusof Yaacob

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==


Source

3 COMMENTS

Leave a Reply