Ilusi dan tipu daya,
Yang terjebak pasti akan rugi!

Persahabatan berubah m…


Ilusi dan penipuan,
Yang terperangkap pasti akan tewas!

Persahabatan bertukar menjadi persaudaraan,
Sayangnya pengkhianatan menyebabkan pertumpahan darah!

Tajuk: RENDAGAM (2022) [versi Malayalam: OTTU]

Sebuah filem aksi thriller versi Tamil yang menampilkan kisah tentang kepercayaan dan pengkhianatan. Kerana kepentingan diri sendiri, darah daging juga sanggup dibunuh!

Spoiler alert⚠️

Mengisahkan tentang seorang pemuda yang kesempitan wang. Mencari wang mudah apabila diupah oleh satu sindiket untuk mendekati seorang lelaki berbahaya.

Lelaki berbahaya tersebut kini lupa ingatan, hidup seadanya dengan penuh kesedehanaan. Dia juga tidak tahu mengapa lelaki itu dianggap berbahaya.

Dia diupah untuk berkawan dan membantu lelaki itu memulihkan ingatan. Satu tugas yang bukannya mudah!

Mereka menjalin hubungan akrab, dirasakan kasih sayang seperti saudara, tapi segalanya masih dalam kesamaran.

Masa makin suntuk, jika dia tidak berjaya memulihkan ingatan lelaki itu, maka nyawanya akan melayang.

Kini, dia dalam perjalanan menghantar lelaki itu menemui maut! Perjalanan panjang yang membuka rahsia demia rahsia.

Plot twist berpusing! Mengejutkan!

Jadi kalau korang nak try layan teka teki ni jugak, korang boleh terus stream kat Astro Go. Yang suka plot twist tu mesti terkesima!

#StreamOnAstro
#AstroGo




Source

Leave a Reply