Mafia Mamma (2023)
Sinopsis –
Kristin ialah seorang wanita yang baik hati namun sedikit naif yang tinggal di West Coast dengan suaminya yang tak guna bernama Paul dan anak lelakinya yang belajar di kolej bernama Domenick.
Dia bekerja sebagai ahli strategi pemasaran untuk sebuah syarikat pharmaceutical di mana dia sentiasa diabaikan kerana mentaliti mengutamakan lelaki di kalangan rakan sekerjanya.
Suatu hari Kristin dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang wanita bernama Bianca yang memberitahu datuknya yang dia langsung tidak kenal bernama Giuseppe Balbano, telah meninggal dunia dan dia diperlukan di Itali untuk membantu menyelesaikan urusannya.
Memang tak masuk akal sebab dia tidak pernah ke Itali atau jumpa mana-mana keluarga di sana sejak dia masih bayi. Tetapi dengan keadaan rumah tangga yang teruk dan kerjanya yang tak menentu, dia memutuskan untuk pergi.
Sebaik sahaja dia tiba di Itali, Kristin mengetahui rahsia pertama daripada beberapa rahsia keluarga. Dia mendapat tahu bahawa datuknya bukanlah pembuat wain tapi sebenarnya seorang don mafia.
Datuknya terbunuh dalam pertempuran bersenjata bersama-sama dengan ketua geng lawan, Romano. Dengan potensi perang yang semakin hampir, kedua-dua keluarga berebut untuk mendapatkan bos baharu.
Dipendekkan cerita datuknya tinggalkan wasiat nak suruh Kristin jadi bos Mafia yang baru. Dari situlah bermula pelbagai kisah lucu dan perubahan hidup Kritstin ni tadi.
*Filem ni sesuai untuk tontonan santai. Nak kata komedi sangat tu tak la tapi gelak juga la bila tonton certain part. Boleh tengok di Astro Go atau Hbo Go.
#StreamOnAstro
#AstroGo