Ibu ayah bercerai akhirnya yang jadi mangsa adalah anak.
Siri Viu Original ni tak cerita pasal kisah bvnuh sana bvnuh sini, tapi menyelongkar jauh ke dasar hati anak dan pasangan bercerai, kisah konflik yang mereka hadapai sebelum dan selepas perceraian.
Harta dan wang ringgit belum tentu boleh mengisi kekosongan hati.
Tajuk: GOOD PARTNER (2024)
Makin lama makin best. Paling penting perempuan penyondol satu apa pun tak dapat, menariknya tentang drama ini adalah kerana watak perempuan penyondol tu tak penting (sama macam kehidupan sebenar), selepas segala kerosakan yang dilakukan oleh kaki curang dan penyondol, natijah selepas itu dipaparkan dengan cukup baik.
Seorang peguam perceraian handal, akhirnya berdepan dengan kes curang suami sendiri dan akhirnya perlu menyelesaikan segala isu antara dia dan anaknya selama ini.
Kita yang penonton yang semestinya berpihak kepada Jang Na Ra mula-mula rasa happy sebab Choi Sa Ra dapat balasan, tapi lama-lama sedih pulak tengok Jang Na Ra struggle dengan anak dia💔
Hidup tak semudah yang disangka, ayah walaupun curang tapi sebab ayahnya baik sangat sebelum ni, anak sampai tak boleh nak move on. Anak benci ayah sebab curang dah berzina, tapi dalam masa sama rasa rindu meronta-ronta dalam hati.
Pengajarannya: korang jauhilah zina dan penyondol 🐷 tak berbaloi!
Ok tonton di Viu Malaysia! Masih ongoing 📌
#ViuMalaysia
#ViuOriginal