KOTA KINABALU: Orang ramai yang membanjiri pekarangan Padang Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia di sini malam ini terpaksa bersurai mencari tempat berteduh.

Mereka terpaksa meninggalkan pekarangan Padang Merdeka sebaik hujan lebat mula turun pukul 8.38 malam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail tiba di Padang Merdeka pada pukul 8.25 malam.

Turut berada pada majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Hadir sama dalam sambutan Hari Malaysia adalah Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahir Hamidi; Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sambutan Hari Malaysia GB yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ akan menyaksikan upacara menandatangani Buku Khas antara Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak. Upacara menandatangani Buku Khas itu adalah acara utama setiap tahun.- UTUSAN





Source link

Leave a Reply