HONOR telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan empat produk baru minggu depan. Acara MAGICal Ria Raya mereka pada 22 April 2024 akan menyaksikan kemunculan tempatan X7b 5G, Pad 9 5G, Band 9, dan versi terkini MagicBook X 16.
X7b 5G adalah versi 5G daripada X7b tahum lalu, dengan skrin LCD 90Hz 6.8 inci dan dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 6020. Telefon ini mempunyai kamera utama 108MP dan lensa makro 2MP berserta sensor hadapan 8MP. Dikuasakan oleh bateri berkapasiti besar 6,000mAh dengan sokongan cas pantas 35W.
Sama juga dengan Pad 9 yang terbaru, ia merupakan versi 5G daripada tablet yang dilancarkan bulan lalu, iaitu sedikit lewat dari jangkaan asal. Dilengkapi dengan skrin LCD 120Hz 12.1 inci dan berjalan dengan cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 bersama 8GB RAM dan 256GB storan, dengan model 5G menambah slot kad microSD untuk pengembangan.
Acara tersebut juga akan menyaksikan kemunculan Band 9, alat pakai terkini jenama tersebut. Dilengkapi dengan skrin AMOLED 1.57 inci yang lebih besar dan mempunyai hayat bateri 14 hari yang sama dengan pendahulunya. Tambahan pula, ia mendapat peningkatan kepada Bluetooth 5.3 dan dinilai untuk ketahanan air 5ATM.
(Sumber: HONOR Press Release)
Source link