Cinta seorang Doctor. Jangan cepat membenci, nanti jatuh sayang!
Hi Venus (2022)
Ye Shi Lan (Liang Jie) seorang pakar pediatrik yang sentiasa berbuat yang terbaik demi kepentingan semua pesakitnya. Shi Lan sepatutnya gembira apabila pengarah hospital baharu, Lu Zhao Xi (Joseph Zeng), dilantik. Tetapi kerana satu salah faham, Shi Lan dan Zhao Xi, memulakan hubungan kerja mereka dengan cara yang salah.
Percaya Zhao Xi adalah orang jahat dan tidak seperti yang orang sangkakan, Shi Lan melakukan segala yang termampu untuk menjadikan kehidupan Zhao Xi sengsara. Tetapi selepas dia dilantik ke jawatan pembantu sementaranya, barulah Shi Lan sedar yang dia tersilap tentang Zhao Xi. Kerana salah faham itu jugalah, Shi Lan merasa segan dan cuba sedaya upaya untuk mengelak dari bertembung dgn Zhao Xi, tapi dah nama pun kerja satu tempat, manala boleh nak mengelak lama2.
Setelah kerap bekerja bersama menyelesaikan pelbagai masalah, Shi Lan dan Zhao Xi akhirnya dapat melupakan masa lalu mereka dan mula membina persefahaman dan saling menghormati antara satu sama lain. Sama sama saling terinspirasi, untuk menjadi yang terbaik, pasangan yang pada mulanya seperti langit dan bumi ini akhirnya jatuh cinta tetapi siapa dulu yang mengakui perasaan cintanya.
Hi Venus 24 episod ini boleh ditonton di Viu Malaysia.
#ViuMalaysia