PUTRAJAYA: Kerajaan akan menghentikan pemberian sub­sidi kepada golongan kaya da­lam sektor pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang diberi keutamaan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini agar pemberian subsidi itu hanya untuk golongan miskin dan benar-benar layak.

“Anak-anak golongan pa­ling kaya termasuk orang kanan penjawat awam, pim­pinan politik, pengusaha-peng­usaha terkenal, semua di­hantar ke sekolah-sekolah terbaik, menengah sains yang dibantu dan diberi subsidi tinggi oleh kerajaan, ini harus dihentikan.

“Kalau subsidi ini diteruskan, ia meletakkan kita dalam keadaan tidak adil. Sepatutnya kalau anak orang kaya itu dihantar ke Fakulti Kejuruteraan (contohnya), Melayu atau Cina, dia (perlu) bayarlah.

“Kalau tidak subsidi ini (golongan kaya) berterusan dan hasil ini (sepatutnya) akan digunakan untuk menampung kekurangan dan membantu rakyat yang miskin,” katanya ketika merasmikan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di sini, semalam.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada 11 Jun lalu iaitu langkah ketiga terbesar selepas pelarasan tarif elektrik dan peng­apungan harga ayam sehingga mampu menyelamatkan kira-kira RM10 bilion wang negara.

Jumlah itu boleh disalurkan untuk keperluan rakyat seperti menampung pengangkutan awam dan sebahagiannya untuk menambah suntikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana skim ini mencecah RM10 bilion.

Anwar berkata, pengagihan dana perlu dilaksanakan secara adil terutama di kawasan-kawasan yang terpencil dan kadar kemiskinan tertinggi.

Menurut beliau, negara ini bermakna kemerdekaan dan kebebasan serta keadilan, maka fokus kerajaan mesti ke arah matlamat itu.

Sebagai contoh, jelasnya, sekolah menengah di Kapit, Sarawak iaitu antara daerah yang terpencil dan tertinggi kadar kemiskinan, pemberian dana mungkin tidak setimpal tetapi sekurang-kurangnya harus ada usaha berterusan bagi meningkatkan kemudahan, keupayaan dan mutu pendidikan.

“Perkara ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan bulan depan. Negara kalau benar mahu adil, harus adil kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan rentan,” katanya. – UTUSAN

Source link

-82%
Anti Snoring Nose Clip Henti Dengkur Sleep Aid Apnea Snore Stop Night Breath Right Better Nasal Relief Earplug 止鼾器
Shopee.com.my
4.8
RM1.45 RM8.06
Anti Snoring Nose Clip Henti Dengkur Sleep Aid Apnea Snore Stop Night Breath Right Better Nasal Relief Earplug 止鼾器
Nicorette Quit Smoking Gum 2mg 15s/ 4mg 15s/ 2mg 105s (BOX) Gula Nicotine Henti Rokok
Shopee.com.my
4.9
RM25.10
Nicorette Quit Smoking Gum 2mg 15s/ 4mg 15s/ 2mg 105s (BOX) Gula Nicotine Henti Rokok
Airmax Nasal Dilator Classic | Anti Snore Snoring Sleep Aid Nose Clip Alat Henti Mengurangi Dengkur
Shopee.com.my
4.8
RM72.70 RM73.43
Airmax Nasal Dilator Classic | Anti Snore Snoring Sleep Aid Nose Clip Alat Henti Mengurangi Dengkur
Anti Snore Stop Snoring Chin Strap Jaw Belt / Tali Strap Henti Dengkur
Shopee.com.my
4.8
RM5.90

Leave a Reply