Harga Runcit Produk Petroleum Tidak Berubah Dari 28 Mac 2024 Hingga 3 April 2024: KKM
Berdasarkan penentuan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM), harga runcit produk petroleum dari 28 Mac 2024 hingga 3 April 2024 ditetapkan seperti berikut:
(i) harga runcit RON97 kekal pada RM3.47 setiap liter;
(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 setiap liter; dan
(iii) harga runcit diesel kekal pada RM2.15 setiap liter.
Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, Kerajaan akan mengekalkan harga siling bagi RON95 pada RM2.05 setiap liter dan diesel pada RM2.15 setiap liter, walaupun harga pasaran untuk kedua-dua produk tersebut telah meningkat melampaui harga siling semasa.
Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus terjaga.