PARLIMEN | Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan hanya 203 warga China diberikan kerakyatan Malaysia di bawah Seksyen 15(1) dan Seksyen 19(1) Perlembagaan Persekutuan sejak 2013.

Saifuddin menjelaskan, data tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa ia bertentangan dengan dakwaan yang sering diulang-ulang pihak tertentu kononnya kira-kira 1.2 juta warga China yang masuk ke negara ini tidak keluar semula, sebaliknya diberikan kerakyatan.

“Itu (203) adalah angka sebenar sejak 2013. (Bertentangan dengan) semua yang bising di luar, (dakwa) beri kerakyatan secara borong untuk memainkan sentimen (perkauman).

“Saya juga ada rekod jumlah laporan polis yang dibuat, pemimpin mana yang memainkan isu ini di luar, di masjid dan surau.

“Sebab itu polis membuka siasatan di bawah 3R (kaum, agama, raja-raja Melayu) kerana mereka (pemimpin tertentu) secara tidak bertanggungjawab memainkan sentimen.

“Kenapa? Kerana (ia melibatkan) China,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin turut menegaskan dakwaan bahawa 1.2 juta warga China yang datang ke Malaysia antara 2018 dan 2021 tetapi tidak keluar semula sebenarnya sudah dinafikan menteri terdahulu dari PN, iaitu Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh).

Memetik laporan media, Saifuddin berkata Hamzah selaku menteri dalam negeri pada 26 Ogos 2022 memberitahu bahawa angka 1.2 juta itu adalah tidak benar.

“Itu Larut (Hamzah yang cakap), bukan saya. Dan bukan dia sahaja, sebelum itu Pagoh (Muhyiddin) pun cakap perkara yang sama,” katanya lagi.

Bangkitkan semasa di China

Terdahulu, Saifuddin memberikan jawapan kepada soalan dibangkitkan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Baru) yang sekali lagi membangkitkan persoalan tersebut hari ini.

Katanya terdapat 8,491,653 warga China direkodkan memasuki Malaysia antara 1 Jan 2018 dan Nov 2021.

Daripada jumlah kemasukan itu, kata Saifuddin, seramai 8,012,294 telah keluar semula dari Malaysia dan menunjukkan perbezaan jumlah 479,359 orang.

Daripada jumlah tersebut, kata Saifuddin, 129,005 adalah pemegang pas jangka panjang.

Selain itu, jelas Saifuddin lagi, seramai 5,359 warga China telah dihantar pulang dalam tempoh tiga tahun, manakala 141,783 yang lain dilanjutkan kemasukan visa khas 30 hari.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

“Jumlah (sebenar) pemegang pas lawatan sosial yang masih belum keluar (dari Malaysia) ialah 84,817 daripada 8,491,653 (kemasukan),” katanya.

Tambah Saifuddin, dia telah membangkitkan isu itu dengan rakan sejawatannya semasa lawatan ke China baru-baru ini dan memberi amaran bahawa tindakan boleh diambil terhadap rakyat mereka yang didapati melanggar undang-undang Malaysia.

“Jadi, hentikan (tuduhan) 1.2 juta ini kerana ketua pembangkang (Hamzah) pun sudah menafikannya (dulu).

“Dakwaan 1.2 juta tidak keluar dan KDN luluskan warganegara secara borong – itu fitnah yang sangat dasyat, lebih baik hentikanlah,” tegasnya.



Source link

Hanya Milikmu - Siti Auni | READY STOCK | NOVEL MELAYU | NOVEL BAHARU
Shopee.com.my
4.9
RM12.00
Hanya Milikmu - Siti Auni | READY STOCK | NOVEL MELAYU | NOVEL BAHARU
KITA HANYA KAWAN MIA AZWARI
Shopee.com.my
5.0
RM35.00
KITA HANYA KAWAN MIA AZWARI
-40%
Novel BIAR HANYA AKU - Phidot [Cinta/Romantik]
Shopee.com.my
4.9
RM14.40 RM24.00
Novel BIAR HANYA AKU - Phidot [Cinta/Romantik]

Leave a Reply