Dirasuk membunuh diri.
Dalam rumah ada bilik berhantu!!!!! Hantu membunuh plak tu..
Kalau kat dinding bilik korang ada lubang pelik2 tiba2 muncul, mau pindah terus yerrrr!!! Kang tak memasal keluar hantu kot situ
Room 203 (2022)
Di awal cerita menunjukkan seorang lelaki, yang bekerja membaiki sebuah bilik, di sebuah apartment dan terlihat sebuah lubang di dinding bilik itu. Dia menjumpai seutas rantai di dalam lubang itu dan menghadiahkan rantai itu kepada kekasihnya, dan malam itu, selepas memakaikan rantai itu, kekasihnya mati di depannya dgn mengelar leher sendiri. Ngeri oihhh…
Fast forward, BFF Kim dan Izzy berpindah ke apartmen yang sama di bilik 203, teruja untuk memulakan kehidupan baharu dan berdikari jauh dari rumah, dan melupakan kejadian tragis yang telah mengganggu persahabatan mereka.
Kim menyedari sebuah lubang pelik di dinding biliknya dan cuba menggantung cermin utk menutupi lubang itu, tetapi cermin itu akan jatuh setiap kali digantung. Satu pagi, ketika berbual di bilik Kim, Izzy menyedari lubang itu dan memasukkan tangannya ke situ. Dia menjumpai rantai yang sama di permulaan cerita dan memakainya.
Selepas itu, beberapa siri kejadian aneh dan menakutkan mula berlaku terutama sekali melibatkan Izzy. Kim yakin yang apartment itu berhantu. Dengan bantuan teman lelaki barunya Ian, Kim menyiasat dan menemui sumpahan mengerikan yang dikaitkan dengan Morrigu, dewi dendam purba, yang mungkin menghukum Izzy dengan nasib yang lebih buruk daripada kematian!!
Apakah nasib Kim dan Izzy.
Room 203 boleh ditonton di AstroGo.
#AstroGo
#StreamOnAstro