Usahawan terkenal, Haliza Maysuri mengambil pendekatan untuk menggunakan buah labu kundur sebagai ‘perlindungan’ bagi mengelak daripada sebarang gangguan atau aura negatif.
Menerusi sebuah video di TikTok, Haliza meletakkan buah labu kundur itu di pintu masuk premisnya yang dilihat sudah berkulat.
“Ramai kenalan dan pelanggan saya tahu bahawa saya lama mengalami sakit. Setiap kali saya ke pejabat atau butik, saya akan pengsan.
“Namun, atas izin Allah, ada seorang hamba Allah yang memberi saya petua letakkan labu kundur di bangunan tersebut.
“Katanya, jika ada aura negatif atau gangguan, labu kundur akan menyerapnya dan membusuk sebagai tanda. Wallahu’alam,” katanya.
Sementara itu, Haliza turut meluahkan rasa syukur apabila petua yang diamalkannya itu berhasil apabila tiada perkara yang tidak diingini berlaku ketika dia hadir ke sebuah majlis.
“Alhamdulillah, semasa majlis ulang tahun, saya dilindungi Allah sepanjang majlis. Saya dapat berada di pejabat dan butik dengan sihat, selamat dan meraikan pelanggan hingga selesai tanpa sebarang kejadian yang tidak diinginkan.
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada hamba Allah tersebut atas petua ini. Hanya Allah maha mengetahui. Setiap ujian ada hikmah. Amalkan doa, tawakal, dan usaha, insyaAllah kita dijauhkan dari segala keburukan. Ingat, Allah sebaik-baik penjaga.” katanya.
Meskipun begitu, Haliza mempersoalkan mengenai kewujudan seekor belalang hijau di pejabat dan kediamannya.
“Tapi nak kongsi juga selalu je ada belalang hijau ni di pejabat atau di rumah saya, belalang ini apa pula?,” soalnya.
@halizamaysuri “Syukur Alhamdulillah atas perlindungan Allah, setiap ujian ada hikmah. Amalkan doa, tawakal, dan usaha, insyaAllah kita dijauhkan dari segala keburukan. Ingat, Allah sebaik-baik penjaga.” “Ramai kenalan dan pelanggan saya tahu bahawa saya lama mengalami sakit. Setiap kali saya ke pejabat atau butik, saya akan pengsan. Namun, atas izin Allah, ada seorang hamba Allah yang memberi saya petua: letakkan labu kundur di bangunan tersebut. Katanya, jika ada aura negatif atau gangguan, labu kundur akan menyerapnya dan membusuk sebagai tanda. Wallahu’alam. Alhamdulillah, semasa majlis ulang tahun HM baru-baru ini, saya dilindungi Allah sepanjang majlis. Saya dapat berada di pejabat dan butik dengan sihat, selamat, dan meraikan pelanggan hingga selesai tanpa sebarang kejadian yang tidak diinginkan. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada hamba Allah tersebut atas petua ini. Apa-apa pun, hanya Allah yang lebih mengetahui. Tapi nak kongsi juga selalu je ada belalang hijau ni di pejabat, atau di rumah saya, belalang apa pula 🤔
♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator