Realitinya, di Malaysia dan seluruh pelosok dunia, penunggang agama memang wujud.
Dalam setiap agama akan ada manusia ‘sesat’ yang mengambil kesempatan atas kejahilan orang lain.
Lebih parah mereka mencipta hukum mereka sendiri, ada kumpulan ajaran sesat yang mengatakan bahawa Solat Jumaat itu tidak wajib, ada yang menganjurkan perkahwinan batin dan pelbagai ajaran salah yang terpesong, bidaah dah merepek!
Malangnya, ketua ajaran dan kumpulan ini diikuti oleh ramai orang, lebih sedih lagi golongan profesional cerdik pandai juga jatuh dalam perangkap mereka demi menggapai syurga dengan cara yang mudah!
Tajuk: BIDAAH (2025)
Siri tempatan ini boleh ditonton di sini https://bit.ly/MLMDramaSiriBidaah
Ini adalah kisah realiti yang berlaku, ramai terpedaya dengan janji palsu dan terpesona dengan ketua yang salah.
Memuja-muja lelaki lain lebih dari suami sendiri, menganggap ‘guru’ mereka itu boleh membimbing mereka ke syurga.
Kegilaan dan ketaksuban ini memecah belahkan keluarga, menyedut segala harta hingga kering dan juga menggadaikan maruah lagi-lagi bagi wanita.
Ajaran agama sebenar yang suci dikotorkan oleh guru dah pengikut-pengikut taksub ini.
Maka lebih ramai yang hanyut. Jahil dan terus sesat!
Korang kena tonton drama Bidaah ini, banyak pengajaran dan sangat mengejutkan!
#ViuMalaysia