Hafiz Suip, nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia, merupakan seorang penyanyi berbakat yang memikat hati ramai dengan vokalnya yang luar biasa.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Hafiz Suip.

Baca juga:

Latar Belakang

hafiz suiphafiz suip
Kredit: IG @officialhafizfc
Nama Mohd Hafiz bin Mohd Suip
Nama Panggilan  Hafiz, Hafiz Suip
Tarikh Lahir 27 Februari 1990
Tempat Lahir Kuching, Sarawak
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Akaun Media Sosial Tiktok @hafizsuip90
Youtube @Hafiz_Suip

Kehidupan Peribadi

Hafiz Suip mendirikan rumah tangga bersama Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Riyadh Zafri yang lahir pada tahun 2016 dan Muhammad Alkaf Zayne pada tahun 2019.

Pada awalnya, rumah tangga mereka kelihatan bahagia, namun sejak pertengahan 2024, spekulasi dan konflik mengenai hubungan mereka mula menjadi perhatian umum.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Kerjaya & Profesional

Hafiz Suip merupakan seorang penyanyi berbakat yang mula mencipta nama selepas menjuarai Akademi Fantasia Musim ke-7 pada tahun 2009. Dengan vokal yang unik dan penuh emosi, beliau terus mencuri perhatian peminat melalui lagu-lagu hits seperti Awan Nano, Masih Jelas, dan Bahagiamu Deritaku, yang memenangi pelbagai anugerah termasuk di Anugerah Juara Lagu.

Selain itu, Hafiz juga dikenali dengan kerjasama bersama komposer terkenal seperti Datuk M. Nasir dan Ajai, yang memperkukuhkan kedudukannya dalam industri muzik Malaysia.

Single Lagu:

  • Masih Jelas (2009)
  • Nokhtah Cinta (2010)
  • Memori & Memori (2010)
  • Awan Nano (2011)
  • Untuk Kamu (2011)
  • Watak (2012)
  • Kita Satu (2012)
  • Ku Akui (2012)
  • Bahagiamu Deritaku (2013)
  • Patah Hati (2013)
  • Kesimpulan (2014)
  • Matahari (2014)
  • Andai (2016)
  • Kejar (2017)
  • Lepaskan Ku Pergi (2017)
  • Hari ini Dalam Sejarah (2018)
  • Kisah Cinta Kita (2019)
  • Sinar Cinta (2020)
  • Takluk Cinta (2021)
  • Terus Bersinar (2023)

Duet/Kolaborasi:

  • Sehati Berdansa bersama Farhan Azizan (2009)
  • Juara bersama Akim, Aril, Black & Chou Hou Ren (2009)
  • Mari Menari bersama Adira (2010)
  • Apizz Soeppp Aku Selalu Tersenyum bersama Anak Salim (2010)
  • Ombak Rindu bersama Adira (2011)
  • Sandarkan Pada Kenangan bersama Mimi Sham (2012)
  • Muara Hati bersam Dato’ Sri Siti Nurhaliza (2012)
  • Salahkah bersama Dato’ Sri Rossa (2013)
  • Untuk Cinta bersama Adira (2015)
  • Inspirasi bersama Faizal Tahir (2015)
  • Terimaku Seadanya bersama Misha Omar (2016)
  • Aku Negaraku bersama Jaclyn Victor (2017)
  • Takdir Tercipta bersama Adira (2020)
  • Berakhirlah Pencarianku bersama Ernie Zakri (2021)

Drama:

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010–2011 Kau & Aku 2 Hafiz Astro Ria
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Jamal Astro Oasis
2013 Elly & Epit (Musim 2) Hafiz Astro Ceria

Kes Cerai Hafiz Suip

Sejak pertengahan 2024, terdapat spekulasi mengenai status perkahwinan penyanyi Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah. Spekulasi ini bermula apabila Hafiz menyahaktifkan akaun Instagramnya pada Mei 2024, yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Pada September 2024, Nureffy pula memuat naik video di TikTok dengan kapsyen meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya. Hantaran ini menimbulkan lebih banyak spekulasi mengenai keadaan rumah tangga mereka.

Baru-baru ini, Hafiz mengesahkan dia dan isterinya, Nureffy, sedang dalam proses penceraian. Hafiz turut memaklumkan bahawa mereka kini merundingkan hak penjagaan dua anak mereka.

“Kami masih suami isteri tetapi tidak tinggal sebumbung kerana dalam proses cerai. Segala perbincangan hak penjagaan anak-anak sedang diuruskan,” katanya kepada penerbit rancangan Melodi.

Hafiz menegaskan niatnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga secara baik tanpa campur tangan pihak luar, demi kebaikan anak-anak mereka, Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5. Pasangan ini berkahwin pada 14 Mei 2016.

Kredit: Tiktok @melodiberapi

Pencapaian Hafiz Suip

Hafiz Suip telah mencapai pelbagai kejayaan dalam industri muzik tanah air. Antara pencapaian utamanya termasuk:

Anugerah Industri Muzik

Tahun Kategori Karya Tercalon
2012/2013 (AIM20) Album Terbaik
2012/2013 (AIM20) Rakaman Album Terbaik
2012/2013 (AIM20) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Bahagiamu Deritaku
2013/2014 (AIM21) Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara Salahku (duet bersama Rossa)

Anugerah Juara Lagu

Tahun Lagu Kategori
2010 (AJL25) Noktah Cinta Tempat Ketiga
2010 (AJL25) Noktah Cinta Vokal Terbaik
2011 (AJL26) Awan Nano Juara Lagu
2011 (AJL26) Awan Nano Vokal Terbaik
2012 (AJL27) Ku Akui Tempat Ketiga
2012 (AJL27) Ku Akui Vokal Terbaik
2013 (AJL28) Bahagiamu Deritaku Juara dan Persembahan Terbaik
2016 (AJL31) Terimaku Seadanya Tempat Kedua
2020 (AJL34) Kisah Cinta Kita Persembahan Terbaik & Vokal Terbaik

Anugerah Planet Muzik

Tahun Kategori Karya Tercalon
2011 Lagu Terbaik Malaysia Awan Nano
2011 Lagu Terbaik Awan Nano
2013 Duo / Kolaborasi Terbaik Muara Hati (bersama Dato’ Siti Nurhaliza)
2013 Lagu Serantau Paling Popular Muara Hati (bersama Dato’ Siti Nurhaliza)
2013 Artis Serantau Paling Popular Muara Hati (bersama Dato’ Siti Nurhaliza)
2014 Duo / Kumpulan Terbaik Salahkah (duet bersma Dato’ Rossa)

Anugerah Binta Popular Berita Harian

  • Penyanyi Lelaki Popular (2011)
  • Penyanyi Lelaki Popular (2012)
  • Penyanyi Lelaki Popular (2013)

SHOUT! Awards

  • Popstar Award (2013)
  • Power Vocal Award (2013)

Di sebalik kejayaannya, Hafiz juga dikenali sebagai seorang artis yang rendah hati, penuh dedikasi, dan sentiasa berusaha menghasilkan karya yang bermutu tinggi untuk para peminatnya.

Fakta Menarik Mengenai Hafiz Suip

  • Hafiz Suip menjuarai Akademi Fantasia Musim ke-7 pada tahun 2009, yang menjadi titik permulaan kerjaya muziknya.
  • Walaupun terkenal, Hafiz jarang mempamerkan kehidupan peribadinya secara terbuka, memilih untuk menjaga privasi.
  • Hafiz sangat gemar dengan aktiviti memancing. Namun kerana menghormati permintaan keluarga,beliau sanggup cuti memancing selama 9 bulan ketika isterinya sedang hamil.
  • Beliau menjadi selebriti pertama yang menyumbangkan suaranya kepada projek alih suara Bahasa Malaysia di Cartoon Network, dengan menyuarakan watak Ben Tennyson dalam telefilem Ben 10: Alien Swarm.
  • Beliau mempunyai masalah sakit tulang belakang (slip disc) kesan dari bermain futsal.

Tahniah Hafiz Suip! Semoga kejayaan dan usaha saudara dalam memartabatkan industeri seni tanah air terus menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana.

Sumber:

  1. Instagram IG @officialhafizfc
  2. ‘Kami Dalam Proses Bercerai, Runding Hak Penjagaan Anak’ – Hafiz Suip. Astro Awani





Source link

Hafiz Perfume Minyak Wangi Wangian Pasti Memikat Hati Tanpa Alkohol**Mesra Solat MINYAK WANGI ATTAR VIRAL
Shopee.com.my
4.9
RM4.29
Hafiz Perfume Minyak Wangi Wangian Pasti Memikat Hati Tanpa Alkohol**Mesra Solat MINYAK WANGI ATTAR VIRAL
Hafiz Perfume Minyak Wangi Wangian Pasti Memikat Hati Tanpa Alkohol**Mesra Solat MINYAK WANGI ATTAR VIRAL
Shopee.com.my
4.9
RM4.29
Hafiz Perfume Minyak Wangi Wangian Pasti Memikat Hati Tanpa Alkohol**Mesra Solat MINYAK WANGI ATTAR VIRAL
Parfume roll on, boleh pilih variasi
Shopee.com.my
5.0
RM20.00
Parfume roll on, boleh pilih variasi
Hafiz Perfume Minyak Wangi Wangian Pasti Memikat Hati Tanpa Alkohol**Mesra Solat MINYAK WANGI ATTAR VIRAL
Shopee.com.my
4.9
Hafiz Perfume Minyak Wangi Wangian Pasti Memikat Hati Tanpa Alkohol**Mesra Solat MINYAK WANGI ATTAR VIRAL
Hafiz Perfume Minyak Wangi Wangian Pasti Memikat Hati Tanpa Alkohol**Mesra Solat MINYAK WANGI ATTAR VIRAL
Shopee.com.my
4.9
Hafiz Perfume Minyak Wangi Wangian Pasti Memikat Hati Tanpa Alkohol**Mesra Solat MINYAK WANGI ATTAR VIRAL
Parfume roll on, boleh pilih variasi
Shopee.com.my
5.0
Parfume roll on, boleh pilih variasi

Leave a Reply