ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
Foto hiasan

Oleh: Zahir Senapiah

PONTIAN: Gara-gara ingin cepat kaya, seorang guru tadika terpaksa menanggung kerugian RM811,500 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa membuat laporan polis pada Khamis selepas menyedari dirinya ditipu.

Katanya, mangsa memaklumkan tertarik dengan pelaburan yang diketahui melalui laman Facebook pada 25 Julai lalu.

“Tawaran keuntungan lima sehingga 20 peratus membuatkan mangsa terpikat dan mula melabur pada Oktober lalu.

“Mangsa telah membuat beberapa bayaran sehingga RM811,500 ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, mangsa hanya menyedari ditipu setelah wang modal dan komisen yang dijanjikan tidak dikembalikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, walaupun pelbagai peringatan telah diberikan oleh pihak polis namun masih ada yang percaya.

“Saya amat berharap orang ramai lebih berhati-hati terutama perkembangan jenayah komersil bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Justeru orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat pelaburan di mana keuntungannya tidak ‘masuk akal’.





Source link

Leave a Reply