KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelakinya yang berusia 14 tahun.

Mohd Hamdi Hanafi, 47, didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam sebuah kereta di Jalan Pantai Sura dan di sebuah rumah di Dungun, masing-masing pada 3 dan 10 Ogos 2023.

Guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah menengah di sini itu berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Pertuduhan turut dibacakan bersama Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan kerana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan mangsa sepanjang perbicaraan serta melapor diri ke balai polis pada setiap bulan dan menetapkan 6 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noradila Ab Latif manakala Mohd Hamdi diwakili peguam Afiq Aziz.



Source link

-2%
KISMIS TOK GURU PEK BARU 200GRAM RM13
Shopee.com.my
5.0
RM9.29 RM9.48
KISMIS TOK GURU PEK BARU 200GRAM RM13
-4%
Tok Guru Pondok Kopi 8 Sunnah
Shopee.com.my
5.0
RM11.41 RM11.89
Tok Guru Pondok Kopi 8 Sunnah
TOK GURU JUS STRAWBERRY / ANGGUR / ROSELLE / OREN⁸⁸⁸
Shopee.com.my
4.9
RM23.00
TOK GURU JUS STRAWBERRY / ANGGUR / ROSELLE / OREN⁸⁸⁸
-8%
TGP Kopi Tanpa Krimer 200gm Jintan Hitam / Habbatus Sauda Tok Guru Pondok
Shopee.com.my
4.9
RM11.00 RM11.96
TGP Kopi Tanpa Krimer 200gm Jintan Hitam / Habbatus Sauda Tok Guru Pondok

Leave a Reply