AMD’s senibina GPU RDNA4 nampaknya telah muncul, tetapi bukan dengan cara yang ramai daripada kita jangka. Bukti pembangunan tersebut dilaporkan muncul dalam bentuk Platform Komputasi Terbuka Radeon, atau ROCm, oleh pembuat cip tersebut.
Seperti yang terlihat dalam posting terkini di GitHub, nampaknya jurutera perisian AMD sedang menyiapkan asas bagi GPU, yang dalam kes ini adalah Navi 48, atau NV48. Dan jelas, ia tidak ada kaitan dengan GPU NVIDIA NV48 yang dilancarkan pada tahun 2004.
Sayangnya, repositori tersebut tidak mengandungi sebarang butiran atau pengesahan mengenai spesifikasi GPU RDNA4 tetapi berdasarkan spekulasi, kita boleh jangkakan AMD akan pertama kali menghantarnya dengan kad grafik Siri Radeon 8000. Di sisi lain, GPU Navi 48 mungkin mempunyai 32 Pemproses Kumpulan Kerja tetapi tidak dijangkakan untuk berentap dengan versi Blackwell generasi seterusnya milik NVIDIA. Sebaliknya, AMD mungkin hanya akan mengeluarkan dua GPU sederhana di tahap atas, daripada model penggemar dari awal, sama seperti ketika ia melancarkan Siri Radeon 7000 lebih dari setahun yang lalu.
Selain itu, dan ini hanyalah spekulasi kami, AMD mungkin membuat kad grafik berasaskan RDNA4 itu yang pertama di pasaran yang dihantar dengan sokongan untuk PCIe Gen5 dan menggunakan GDDR7, yang terakhir itu merupakan perubahan yang agak penting, mengingat ia masih menggunakan GDDR6 dengan siri Radeon semasa.
(Sumber: ROCm melalui Github, X)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk mendapatkan lebih kemas kini dan berita terkini.
Source link