Google Maps akhirnya mengemaskini nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika pada Isnin.
Semasa hari angkat sumpahnya, Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan eksekutif untuk menamakan semula Teluk Mexico sebagai Teluk Amerika. Arahan ini juga membatalkan keputusan zaman Obama yang mengubah nama Gunung McKinley kepada Denali, nama yang telah digunakan oleh penduduk asli selama berabad-abad. Sebenarnya, nama Teluk Mexico sudah wujud sejak abad ke-16 dan telah menjadi nama yang paling banyak digunakan.
Presiden Trump dengan bangga menyatakan bahawa perubahan nama ini adalah sebahagian daripada usaha untuk “[mengembalikan] semangat kebanggaan Amerika dalam sejarah kecemerlangan negara.”
Mulai petang Isnin, pengguna Google Maps di seluruh AS akan melihat nama Teluk Amerika tertera. Pengguna di negara lain akan melihat kedua-dua nama, manakala pengguna di Mexico hanya akan melihat Teluk Mexico. Google sudah mengesahkan pada bulan Januari bahawa mereka akan mematuhi arahan Trump setelah nama-nama tempat dikemas kini dalam Sistem Maklumat Nama Geografi AS.
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, menyatakan akan menghantar surat kepada Google untuk mempersoalkan keputusan mereka menamakan semula Teluk Mexico. Namun, langkah Google untuk mengubah nama ini sejalan dengan dasar mereka yang sedia ada mengenai cara mengatasi perbezaan nama antara negara. Di peranti mudah alih, Google menyelaraskan peta dengan lokasi negara pengguna berdasarkan sistem operasi, SIM, dan rangkaian pengguna.
Walaupun Google telah mematuhi arahan Trump, Apple masih belum mengemas kini nama Teluk Mexico atau Denali di aplikasi peta mereka. Jika anda cuba mencari “Teluk Amerika” di Apple Maps, anda tidak akan mendapat apa-apa hasil.
Satu lagi interesting fact: CEO Google, Sundar Pichai, dan CEO Apple, Tim Cook, kedua-duanya hadir di majlis angkat sumpah Trump; Cook bahkan menyumbang $1 juta kepada dana inaugurasi Trump, dan Google juga menyumbang jumlah yang sama.
Update, 2/10/25, 9:30 PM ET dengan maklumat tambahan dari Google.