Gila lawak Nick Cage jadi Dracula!

Renfield

Min tak tahu kenapa tak banyak orang yang…


Lawak gila Nick cage jadi dracula!🤣🤣🤣

Renfield

Min tak tahu kenapa tak ramai yang rekomen filem ni, tapi kalau korang suka komedi tak masuk akal boleh tengok filem ni.

Kisah pasal Renfield seorang pembantu dracula yang sama macam Dracula dia hidup bertahun2 sebab dracula ni kan boleh keluar malam je, jadi kerja2 balaci yang melibatkan hari siang dia kena ada orang yang tolong dia.

So Renfield ni sebenarnya dah fed up dan bosan dah hidup jadi kuli batak dracula. Dia sampai terpaksa join grup meluahkan perasaan untuk lepaskan segala stress hidup dia kerja di bawah bos yang toxic!

Satu hari dia terjerumus dalam sebuah insiden melibatkan kerja dia untuk carikan mangsa makanan dracula, dia secara tidak sengaja terbantu seorang polis wanita ni.

Jadi bila polis tu anggap dia hero, dia dapat semangat baru untuk tinggalkan hidup dan kerja lama dia. Dia pindah cari rumah baru dan hidup lebih sihat dari cengkaman Dracula.

Namun tidak semudah itu, Dracula ni mestilah cari dia. Tambah pulak ada anak manja kepada seorang ketua samseng yang cari dia jugak.

Dapat ke dia selamatkan diri dan gadis polis yang dia suka tu? Nak kena tengok sendiri baru best. Min tengok kat Astro Go. Dekat Hbo Go pun ada jugak.

#AstroGo
#StreamOnAstro







Source

Leave a Reply