Awal minggu lalu, ada laporan yang mengatakan bahawa proses 18A Intel mengalami hasil yang rendah iaitu 10% – bunyinya agak mengecewakan, terutamanya jika dilihat tanpa konteks yang tepat. Namun, bekas CEO Intel, Pat Gelsinger, telah ke Twitter untuk menjelaskan isu ini, menyebut bahawa laporan tersebut adalah “berita palsu”.
Gelsinger menjelaskan dalam ciapannya di X bahawa menilai proses 18A dengan merujuk kepada peratusan hasil tidaklah sesuai. “Jika anda menggunakan % hasil sebagai penanda untuk kesihatan semikonduktor tanpa mendefinisikan saiz die, anda tidak faham tentang hasil semikonduktor,” kata Gelsinger. “Hasil diwakili oleh kepadatan kecacatan.” Ini maksudnya, lebih sedikit kecacatan pada kawasan yang lebih besar, lebih baik.
Bercakap tentang hasil sebagai % bukanlah perkara yang sesuai. Die besar mempunyai hasil yang lebih rendah, manakala die kecil – peratusan hasilnya tinggi. Sesiapa yang menggunakan % hasil sebagai penanda untuk kesihatan semikonduktor tanpa mendefinisikan saiz die, tidak memahami tentang hasil semikonduktor. Hasil diwakili…
— Pat Gelsinger (@PGelsinger) 7 Disember 2024
Kepadatan kecacatan ialah metrik yang digunakan untuk mengukur kualiti produk dengan mengira jumlah kecacatan relatif kepada saiz produk. Jadi, lagi sedikit kecacatan dalam kawasan yang ditetapkan, lagi bagus. Mengenai mereka yang masih berpegang kepada hasil cip, Dr. Ian Cutress menunjukkan bahawa hasil cip 18A kini berada pada 99%!
Berdasarkan kepada kepadatan kecacatan tersebut, 18A mencapai kurang daripada 0.4 kecacatan per sentimeter persegi (cm²). Menurut Cutress lagi, ini hanya mewakili 8% hasil jika saiz die adalah bersaiz retikel. Untuk cip yang lebih kecil, seperti yang terdapat dalam laptop atau telefon pintar, hasilnya meningkat kepada 65%.
Hasil cip ujian Intel pada 18A adalah 99%. 🤷♂️ pic.twitter.com/7Y8zCMkIV1
— . (@IanCutress) 6 Disember 2024
Sejak “perletakan jawatannya”, Gelsinger menjadi lebih lantang bersuara. Ramai mungkin lupa bahawa Gelsinger merupakan seorang jurutera cip sebelum menjadi CEO Intel. Kini, setelah tidak lagi berada di tampuk pemerintahan, kita mungkin boleh menjangkakan beliau akan terus membongkar mitos-mitos dalam industri ini.
(Sumber: X [1] [2], Hot Hardware, Yahoo!)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.