PETALING JAYA: Firma perkhidmatan pembinaan, GDB Holdings Bhd. (GDB) memperoleh projek bernilai RM306 juta untuk membangunkan sebuah hospital swasta di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Unit milik penuh GDB, Grand Dynamic Builders Sdn. Bhd. (GDBSB) telah dilantik oleh KL International Hospital Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama untuk projek tersebut. Hospital Antarabangsa KL ialah anak syarikat KL Wellness City Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan, GDB berkata, projek itu termasuk pelaksanaan, prestasi, reka bentuk, pembinaan, penyiapan, pentauliahan jentera dan peralatan, serta penyelenggaraan bangunan hospital swasta berkenaan.

“Pembinaan hospital itu akan dijalankan dalam tempoh 25 bulan bermula 16 Mac 2024,” katanya.

Katanya, hospital itu akan menjadi pusat KL Wellness City yang bersedia menjadi hab bertaraf dunia untuk penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perubatan domestik serta antarabangsa.

Ia menampilkan pusat kecemerlangan merentasi bidang termasuk kardiologi, kesihatan tulang belakang, kesihatan neuro, perubatan sukan, pembedahan kosmetik dan kesuburan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan GDB, Cheah Ham Cheia berkata, Kumpulan berbesar hati dipilih untuk melaksanakan pembinaan hospital di KL Wellness City, dan memainkan peranan penting dalam mendirikan bangunan mercu tanda di bandar berwawasan tersebut.

“Kontrak itu menandakan peristiwa penting ketika kami memulakan pembinaan hospital yang canggih, pada masa yang sama meningkatkan rekod prestasi kami.

“Komitmen berterusan kami untuk menyampaikan projek kami dengan kualiti yang tinggi dan menepati masa tetap tidak berbelah bahagi kepada pelanggan kami,” katanya.

Dengan kontrak tersebut, buku pesanan semasa GDB berjumlah RM475 juta berbanding RM169 juta pada 30 September 2023.

“GDB bercadang untuk membiayai projek dengan dana dalaman dan atau pinjaman bank,” jelasnya. – UTUSAN

Source link

TRW - Perodua Axia / Bezza / Myvi Lagi Best Front Brake Pad ( GDB7856 ) Disc Pad
Shopee.com.my
5.0
RM48.50
TRW - Perodua Axia / Bezza / Myvi Lagi Best Front Brake Pad ( GDB7856 ) Disc Pad
TRW Axia / Bezza / Myvi Lagi Best Front Brake Pad ( GDB7856 ) 1 SET
Shopee.com.my
4.9
RM44.00
TRW Axia / Bezza / Myvi Lagi Best Front Brake Pad ( GDB7856 ) 1 SET
TRW - Perodua Viva Front Brake Pad ( GDB7114 ) Disc Pad
Shopee.com.my
5.0
RM46.90
TRW - Perodua Viva Front Brake Pad ( GDB7114 ) Disc Pad
TRW - Honda City SEL / TMO / Jazz SAA Rear Brake Pad ( GDB499 ) Disc Pad
Shopee.com.my
4.9
RM57.00

Leave a Reply