PETALING JAYA – Ganjaran RM2,000 akan diberikan kepada sesiapa yang menjumpai seekor kucing jantan menghidap penyakit AIDS bernama XioBai sejak hilang sejak pagi Selasa lalu.

Menurut pemiliknya yang ingin dikenali sebagi Chong, kucing berbulu putih itu didapati hilang pada pukul 5 pagi dikediamannya di Blok C4, Aras 5, Anggerik Villa 2 Apartment, Kajang.

“Pada pagi selasa itu dia kemungkinan keluar dari rumah selepas mengekori ibu bapa saya membuka pintu dan kehilangannya disedari selepas itu.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang panggilan atau makluman mengenai lokasi keberadaan XioBai yang kini berusia empat tahun.

“Saya merayu kepada sesiapa sahaja yang menjumpainya agar segera menghubungi saya ditalian 017-3612270,” katanya.

Poster yang dimuat naik pemiliknya berhubung kehilangan XioBai.

Tambahnya, XioBai memerlukan penjagaan kesihatan khas kerana ada AIDS.

Chong berkata, dia akan memberikan ganjaran RM2,000 kepada sesiapa yang membawa kucing itu pulang dengan selamat kepangkuan mereka sekeluarga.- KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply