Rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia, CelcomDigi Berhad melaporkan tiada atau kesan terhadap pelanggan dan operasinya semasa kejadian gangguan IT global yang disebabkan oleh CrowdStrike semalam.
Syarikat tersebut berkata perkhidmatan rangkaian tidak terjejas, dan pelanggannya dapat menggunakan perkhidmatan data dan suara seperti biasa. Sedikit gangguan dialami pada perkhidmatan sokongan, seperti kemampuan top up, di mana pasukan pemulihan perkhidmatan segera dikerahkan untuk menyiapkan langkah penyelesaian, menawarkan alternatif kepada pelanggan untuk terus top up semasa tempoh ini.
CDB berkata mereka akan terus memantau rangkaian dan perkhidmatan sokongan mereka untuk memastikan pelanggan terus menikmati perkhidmatan CelcomDigi dengan lancar.