Dihantui oleh roh orang yang membunuh diri. Ada ke cara untuk melepaskan diri.

Cucuk Sanggul Seroja (2018)

Saksikan telefilem seram ‘Cucuk Sanggul Seroja’ gandingan pelakon Fasha Sandha, Aiman Hakim dan Sweet Qismina.

Tahun 1938. Seroja seorang gadis cantik tinggal bersama neneknya yang tengah nazak. Neneknya memberikan satu cucuk sanggul yang dikatakan peninggalan turun temurun dari nenek moyang keluarga mereka. Walaupun keberatan untuk menerimanya, Seroja akur dgn kehendak neneknya yang semakin uzur. Kata neneknya, jika Seroja memakai cucuk sanggul itu, dia akan kelihatan lebih cantik dan lelaki akan senang jatuh hati padanya. Dah macam susuk tapi bukan haha..

Tahun 2018. Suri seorang pelajar baru di sebuah sekolah menengah dan tinggal di asrama. Dia sering dibuli oleh 2 pelajar lain. Kerana perwatakannya yang lembut, dia tidak dapat berlawan balik ketika dibuli dan hanya membiarkan dirinya ditindas pelajar lain. Satu hari, ketika menjalani aktiviti di sekolah, Suri terjumpa sebuah kotak merah yang ditanam, berisi sanggul yang sama dipakai oleh Seroja dahulu. Tanpa pengetahuan sesiapa, Suri membawa pulang dan menyimpan cucuk sanggul itu bersamanya di asrama.

Sejak itu, Suri mula mengalami kejadian aneh. Secara tiba, dia juga sudah berani dan mula bertindak agresif kepada pembuli2nya. Suri juga sering terjumpa seorang lelaki bernama Hussin, seolah2 mereka telah lama mengenali antara satu sama lain.

Apakah sebenarnya yang terjadi pada Suri dan siapakah sebenarnya Hussin.

Cucuk Sanggul Seroja boleh ditonton di Astro GO.

#AstroGo
#StreamOnAstro

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==


Source

Leave a Reply