PETALING JAYA: Gamuda Land dan Samsung Malaysia Electronics (Samsung) bekerjasama menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini ke dalam rumah bagi meningkatkan kemudahan dan mengurangkan jejak karbon secara signifikan.

Gamuda Land dan Samsung turut bekerjasama melengkapi unit pameran The Camellia di Gamuda Cove dengan ekosistem AI Samsung Bespoke yang komprehensif pertama di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata, Gamuda Land merancang komponen pelan induk dengan teliti bagi kelestarian di masa hadapan. 

“Rumah kami disiapkan dengan teliti untuk masa depan yang sedia untuk pemasangan panel solar dengan kolaborasi itu bagi meningkatkan lagi infrastruktur mesra alam sedia ada di Gamuda Cove,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Chu, Gamuda Land komited menerajui batasan inovasi dalam kehidupan lestari dan kerjasama itu mencerminkan dedikasinya mencipta rumah lebih pintar serta cekap, selaras dengan keperluan pengguna moden. 

Katanya, Gamuda Land boleh memberikan nilai lebih baik kepada pemilik rumah dengan memasukkan teknologi AI ke dalam sistem rumah pintar mereka.

“Gamuda Cove adalah bandar raya yang tersedia 5G dan membuka peluang baharu untuk perancangan bandar raya pintar, sekali gus membolehkan kami memantau, mengurus dan mengawal peranti dari jauh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Samsung Malaysia Electronics, Denny Kim berkata, Samsung menggunakan kuasa AI untuk membuka pengalaman baharu dan berkesan yang menjadikan kehidupan lebih baik dan lebih mudah untuk semua.

“Kami gembira dapat mempersembahkan keupayaan peralatan AI Bespoke kami kepada pemilik rumah dengan bekerjasama dengan Gamuda Land,” katanya

Tambahnya, pilihan Rumah AI Bespoke Samsung menawarkan peluang luar biasa kepada pemilik rumah untuk meningkatkan gaya hidup dengan menyederhanakan kerja rumah tangga dan memberikan keutamaan kepada aktiviti peribadi. 

“Pemilik rumah dapat menikmati kemudahan dan kecekapan yang lebih tinggI dengan pengurusan tenaga yang dipacu AI berdasarkan tingkah laku pengguna dan integrasi yang lancar dengan pelbagai peranti pintar seperti peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin, penyedut vakum dan televisyen” katanya.-UTUSAN





Source link

[PM KAMI UTK PROMO] Splash Mania Gamuda Cove Waterpark Ticket
Shopee.com.my
5.0
RM18.00
[PM KAMI UTK PROMO] Splash Mania Gamuda Cove Waterpark Ticket
[PROMO RAYA] Splash Mania Waterpark, Gamuda Cove
Shopee.com.my
5.0
RM96.50
[PROMO RAYA] Splash Mania Waterpark, Gamuda Cove
[PM HARGA PROMO] Amverton Riverine Splash
Shopee.com.my
5.0
RM10.00
[PM HARGA PROMO] Amverton Riverine Splash
[Chat for Promo] SplashMania Gamuda Cove Waterpark Admission Ticket
Shopee.com.my
5.0
RM79.00
[Chat for Promo] SplashMania Gamuda Cove Waterpark Admission Ticket

Leave a Reply