BAGI penggemar muzik indie, persembahan penyanyi dari Indonesia, Sal Priadi dalam konsert Sal Priadi Zuzuzaza Live In Kuala Lumpur baru-baru ini amat menghiburkan dan penuh bertenaga.

Kira-kira 2,500 penonton hadir menyaksikan konsert itu di Zepp Kuala Lumpur, terutama buat peminat yang sudah mengikuti perjalanan seni muzik Sal Priadi sejak sembilan tahun lalu bermula 2015.

Sal Priadi atau nama sebenarnya, Salmantyo Ashrizky Priadi, 32, didapati cukup santai ketika membawa penonton memasuki dimensi memori ‘imbauan semula’ terhadap kisah cinta dalam lirik lagu-lagunya.

Melihat juga ramai penonton yang mampu ‘sing along’ pada kebanyakan lagu nyanyian Sal Priadi atau disapa Sal, terutama Gen Z, ia menunjukkan bapa seorang anak itu bukan calang-calang penggiat seni.

Apa pun, Sal mengakui sangat bersyukur, gembira dan teruja apabila muzik dan lagunya diterima baik oleh penggemar di Malaysia, sekali gus membuatkan dia sentiasa bersedia datang ke negara ini lagi.

“Kalian terbaik! Terima kasih kerana menghargai karya dan nyanyian saya. Sebagai pemuzik, ini adalah detik terindah dalam karier seni saya. Syukur, terima kasih.

“Tiada apa yang mampu saya balas kepada kalian selain berjanji sekiranya ada peluang dan ruang, saya akan kembali lagi di Malaysia untuk menghiburkan kamu semua dengan karya terbaharu,” katanya.

Menurut Sal, dia sangat sayangkan peminat yang menyokongnya di negara ini dan di mana saja berada kerana sudah menerima muzik indie diperjuangkan dengan cara serta gaya lagu tersendiri.

Pada konsert itu, antara ‘repertoire’ lagu didendangkan Sal seperti Semua Lagu Cinta, Biar Jadi Urusanku, Di Mana Alamatmu, Ada Titik-Titik Di Ujung Doa, Malam Malam, Ubud, Lewat Sudah Pukul Dua, Hi, Selamat Pagi, Episode dan banyak lagi.

Sebanyak 24 lagu dinyanyikan Sal merangkumi seleksi karyanya daripada dua album iaitu Markers dan Such Pens Flashdisks yang dimuatkan juga dengan rangkaian lagu ‘galau’ atau patah hati dan menusuk jiwa.

Bagaimanapun, Sal turut melengkapkan persembahannya dalam konsert itu dengan lagu wajib iaitu Gala Bunga Matahari sebagai memenuhi permintaan peminat yang tidak pernah jemu memberinya sokongan selama ini.

Sebagai lagu terakhir bagi menutup persembahan, Sal tampil menyanyikan lagu I’d Like Watch You Sleeping yang vokalnya masih tetap sama seperti alunan pertama dinyanyikan dalam album dihasilkan lelaki asal Malang, Indonesia ini.

Terdahulu, sebelum Sal muncul di atas pentas Zepp KL membuat persembahannya di konsert itu, penonton lebih dulu dihiburkan dengan nyanyian padu daripada Sissy Imann dengan lagu Pesanan Ayahanda.



Source link

-10%
[NUKILAN BIRUNI TRADING] - FAMOUS PUISI AND AKSARA FROM JIWA & THEIR AUTHOR (GALAU & SELF HEALING BOOKS)
Shopee.com.my
5.0
RM25.20 RM28.00
[NUKILAN BIRUNI TRADING] - FAMOUS PUISI AND AKSARA FROM JIWA & THEIR AUTHOR (GALAU & SELF HEALING BOOKS)
-47%
'Rindu Boleh Kembali Jangan' GALAU EDITION DESIGNATED PHONE CASE FOR IP6 UNTIL 14 PRO MAX
Shopee.com.my
5.0
RM10.07 RM19.00
'Rindu Boleh Kembali Jangan' GALAU EDITION DESIGNATED PHONE CASE FOR IP6 UNTIL 14 PRO MAX
-47%
GALAU COLLECTION V Bumper Case Casing IP 6 until 12 PRO MAX
Shopee.com.my
5.0
RM10.07 RM19.00
GALAU COLLECTION V Bumper Case Casing IP 6 until 12 PRO MAX

Leave a Reply